kek minyak pelangi

Siapa suka kek simple tapi gebu dan lembap, wajib cuba Kek Minyak Pelangi ini. Bahan-bahan pun mudah sangat, tak perlu guna mixer mahal pun boleh jadi.

Yang paling menarik, anak-anak pun dijamin akan suka sebab ada warna-warni pelangi yang menarik hati.

Baca juga: Rahsia Buat Kek Pandan Marble Yang Wangi Dan Gebu, Senang Sangat Nak Buat!

RESEPI KEK MINYAK PELANGI

kek minyak pelangi

Bahan-bahan:

  • ½ cawan (125g) gula kastor
  • 5 biji telur
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 cawan (250g) susu pekat manis
  • 1 cawan minyak masa
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Sedikit esen vanilla
  • Pewarna makanan (ikut berapa banyak warna yang anda suka)

Cara-cara:

  1. Putar telur, gula kastor dan ovalette hingga kembang.
  2. Masukkan susu pekat dan esen vanilla. Putar lagi hingga sebati.
  3. Tuangkan minyak dan putar hingga rata.
  4. Ayak tepung gandum bersama baking powder. Masukkan ke dalam adunan, putar hingga halus, gebu dan kembang.
  5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian letakkan pewarna pilihan.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dengan mentega, lapiskan satu persatu mengikut warna yang anda suka.
  7. Bakar dalam oven (api atas dan bawah) pada suhu 160°C selama 50 minit.
  8. Setelah masak, segera terbalikkan loyang di atas redai. Biarkan sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.

Tip tambahan:

  • Untuk lebih gebu, pastikan adunan diputar sehingga betul-betul kembang.
  • Jangan terlebih kacau selepas masukkan tepung supaya kek tidak bantat.
  • Boleh guna 3 hingga 7 warna, ikut kreativiti. Lagi banyak warna, lagi cantik hasilnya!

Sumber: Cik Tee Tieram

Baca juga: Resipi Kek Batik Simple Cara Orang Lama, Guna 5 Bahan Saja Tapi Sedapnya Menjadi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN