kek pandan marble

Kalau teringin nak buat kek yang lembut, wangi dan nampak cantik bila dipotong, resipi Kek Pandan Marble ini memang wajib cuba.

Gabungan rasa pandan dan coklatnya sangat serasi, teksturnya pula sangat gebu dan lembut! Memang dijamin puas hati bila makan.

Baca juga: Resipi Kek Span Marble Susu Tanpa Oven, Masak Guna Kuali Pun Boleh!

RESEPI KEK PANDAN MARBLE

kek pandan marble

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur gred A
  • 100g gula pasir
  • 1 sudu besar ovalette
  • 25ml pati santan (boleh ganti dengan susu segar)
  • 50g minyak jagung
  • 100g tepung gandum*
  • ½ sudu teh garam halus*
  • ½ sudu teh serbuk penaik (baking powder)*
  • 1 sudu teh pes pandan
  • 1 sudu teh serbuk koko
  • ½ sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh coklat emulco

Cara-cara:

  1. Gaul dan ayak semua bahan bertanda (*).
  2. Pukul gula dan ovalette hingga sebati.
  3. Masukkan telur satu per satu dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan kembang, pekat dan gebu (seperti adunan baulu).
  4. Perlahankan kelajuan, masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati.
  5. Tuangkan minyak jagung dan pati santan (atau susu segar) ke dalam adunan, kacau rata.
  6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
  7. Bahagian pertama: Campurkan dengan esen vanila, serbuk koko dan coklat emulco.
  8. Bahagian kedua: Campurkan dengan pes pandan.
  9. Tuangkan kedua-dua adunan secara berselang-seli ke dalam loyang yang telah disapu mentega dan dialas dengan kertas minyak.
  10. Lorek permukaan adunan dengan chopstick untuk dapatkan corak marble.
  11. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180°C selama lebih kurang 30 minit (masa mungkin berbeza ikut jenis ketuhar).
  12. Biarkan kek sejuk sebelum dipotong dan dihidang.

Sumber: Tasya Abdullah

Baca juga: Resipi Kek Marble Red Velvet Yang Gebu & Kurang Manis, Mak-Mak Mesti Suka!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN