resepi kek carrot

Jom cuba resepi kek carrot untuk menyambut hari jadi orang tersayang. Tak lengkap kalau tak ada kek pada hari istimewa mereka.

Bagi setiap orang, sambutan hari lahir merupakan hari yang paling menggembirakan. Bermula dari nyanyian lagu, kemudian sesi memotong kek menjadi kewajipan bagi meraikan pertambahan usia.

Jika sebelum ini hanya beli kek di kedai bakeri saja, kali ini apa kata kita cipta kelainan dengan membuat sendiri kek hari lahir di rumah.

Baca juga: Resipi Kek Batik Indulgence Sukatan Cawan, Lembut & Lemak Berkrim

RESEPI KEK CARROT GUNA SUKATAN CAWAN

resepi kek carrot

Bahan-bahan A:

  • 4 biji telor
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 cawan minyak

Bahan-bahan B:

Bahan-bahan lain:

  • Walut – dibakar sekejap
  • Gajus – dibakar sekejap
  • 2 cawan lobak merah parut

Bahan-bahan topping:

  • Cheese
  • Susu pekat manis 1/2 cawan
  • Buttercup 1/2
  • Gula aising 2 sudu besar

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan-bahan A kecuali minyak. Pukul menggunakan mixer sehingga kembang. Kemudian baru masukkan minyak dan pukul lagi.

2. Masukkan bahan-bahan B yang sudah diayak. Kemudian masukkan ke dalam bahan-bahan A tadi. Pukul sekejap sehingga sebati.

3. Seterusnya, masukkan walnut dan gajus sudah dibakar serta lobak merah yang sudah diparut. Gaul rata dan tuangkan ke dalam loyang.

4. Bakar di dalam oven pada suhu 160°C selama 1 jam 20 minit atau sehingga kek masak. Suhu bergantung pada oven masing-masing.

5. Untuk topping, satukan cheese, susu pekat manis, buttercup dan gula aising. Pukul semuanya sehingga kembang. Kemudian letakkan topping ke atas kek yang sudah dibakar, ratakan kesemua permukaan.

6. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

resepi kek carrot

Kredit resipi dan gambar: Surina Abadi

Baca juga: Jom Cuba Resipi Kek Cheese 4 Bahan Ini. Tekstur Sangat Gebu & Ringan Seakan Kapas!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN