kek butter pelangi

Kalau dah biasa buat kek butter klasik, sekali-sekala seronok juga cuba versi warna-warni. Kek butter pelangi ini memang sesuai untuk minum petang, jamuan kecil, atau nak hidangkan masa potluck.

Bukan hanya rasanya lembut gebu, tapi bila dipotong nampak cantik sangat. Resipi ini mudah saja, bahan pun ringkas dan tak perlu banyak langkah. Bau butter dia wangi dan teksturnya lembut, sekali rasa memang tak cukup satu potong!

Baca juga: Rahsia Buat Kek Pandan Marble Yang Wangi Dan Gebu, Senang Sangat Nak Caranya!

RESIPI KEK BUTTER PELANGI

kek butter pelangi

Bahan-bahan:

  • 1 cawan butter
  • 1 cawan gula halus
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 2 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu kecil baking powder (diayak bersama tepung)
  • Pewarna pilihan

Cara-cara membuat:

  1. Pukul butter dan gula hingga kembang dan gebu.
  2. Masukkan telur satu per satu sambil dipukul rata.
  3. Masukkan esen vanilla dan susu pekat, gaul sebati.
  4. Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder, gaul dengan kaedah kaup balik.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 atau 3 bahagian, kemudian letakkan pewarna mengikut citarasa.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang dengan cara berselang-seli setiap warna sehingga habis.
  7. Bakar pada suhu 170°C selama 45 minit – 1 jam, atau sehingga masak sepenuhnya.

Kek butter pelangi ini memang nampak cantik bila dipotong, rasanya pula lemak manis dan lembut. Sesuai sangat untuk minum petang bersama teh panas.

Sumber: Nor Azliza Mohamed

Baca juga: Resipi Kek Pisang Tanpa Telur, Teksturnya Tetap Moist & Tak Kering Langsung!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN