kek pisang tanpa telur

Kalau anda tercari-cari resipi kek pisang tanpa telur yang tetap lembut dan sedap, resipi ini memang wajib dicuba di rumah.

Walaupun tanpa telur, tekstur kek tetap gebu dan tidak kering langsung. Sesuai juga untuk anda yang alergi telur atau nak buat yang versi lebih bajet.

Jadi, kalau ada pisang lebih, jangan biar membazir. Cubalah resipi mudah ini. Bau harum kek pisang yang tengah dibakar memang buat seisi rumah terliur!

Baca juga: Resipi Kek Lapis Neopolitan Yang Lembut & Cantik Dipandang, Makan Sekeping Tak Cukup!

RESEPI KEK PISANG TANPA TELUR

kek pisang tanpa telur

Bahan-bahan:

  • 3-4 biji pisang masak
  • ½ cawan gula perang (brown sugar)
  • ½ cawan minyak masak
  • 1 sudu besar pes vanila (vanilla paste)
  • ½ sudu teh serbuk kayu manis (cinnamon powder)
  • 1½ cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik (baking powder)
  • ½ sudu teh soda bikarbonat (baking soda)
  • 1 sudu teh garam
  • Coklat cip (chocolate chips) secukupnya

Cara-cara:

  1. Lenyek pisang bersama gula perang hingga hancur dan sebati.
  2. Masukkan minyak masak, kacau rata.
  3. Seterusnya, masukkan bahan-bahan kering yang lain dan gaul hingga sebati.
  4. Masukkan separuh cip coklat ke dalam adunan, kacau perlahan.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang, kemudian tabur baki cip coklat di atasnya.
  6. Bakar pada suhu 170°C selama 30-40 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
  7. Siap! Selamat mencuba.

Sumber: Kak MJ

Baca juga: Resepi Kek Susu Pisang Paling Moist, Bau Harum Semerbak Satu Rumah

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN