resepi karipap telur hancur

Waktu minum petang paling sesuai jika dapat makan kuih goreng. Apa kata hari ini anda cuba resepi Karipap Telur Hancur yang sedap?

Banyak variasi inti karipap tapi ia tak boleh lawan dengan resepi Karipap Telur Hancur. Boleh dikatakan ia adalah karipap orang dulu-dulu.

Sebenarnya anda boleh cuba resepi Karipap Telur Hancur ini tanpa acuan tau. Jika anda ikut cara yang dikongsikan oleh Eny Abdullah di blognya, pasti menjadi!

Baca juga: Resipi Karipap Ayam, Ini Rahsia Kulit Rangup Hingga Ke Petang

RESEPI KARIPAP TELUR HANCUR

resepi karipap telur hancur

Bahan-bahan kulit karipap:

Bahan-bahan inti karipap:

  • 8 biji telur
  • 1 batang lobak diparut kasar (boleh ganti dengan sayur lain atau tanpa sayur)
  • 1 ulas bawang besar (dipotong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • Sedikit cili merah dipotong nipis (saya pakai cili padi supaya lebih pedas)
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa

Cara-cara menyediakan kulit karipap:

1. Campur minyak dan butter dalam periuk kecil, panaskan kedua-duanya sehingga cair.

2. Angkat larutan dan tuang ke dalam tepung sambil kacau dengan senduk kayu, kemudian ratakan sehingga tepung jadi seakan-akan serbuk roti.

3. Masukkan larutan air bergaram ke dalam tepung tadi sedikit demi sedikit sambil putar tepung dengan belakang senduk. Jangan sesekali uli dengan tangan sebab kita nak buat pastry jenis rapuh. Putar sehingga bercantum tepungnya dan tambah air sedikit demi sedikit.

4. Cuba ambil sedikit adunan dan kepalkan.

5. Bentukkan doh menjadi satu dan jadi bola besar. Diulang, jangan uli. Cukup sekadar kepal sehingga jadi bola. Kalau rasa tak cukup air boleh tambah sedikit lagi. Biarkan selama 15 hingga 20 minit.

Cara-cara menyediakan inti karipap:

1. Telur dipukul bersama lada hitam dan garam.

2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, kemudian masukkan bawang besar, cili potong dan lobak yang diparut. Masak sekejap.

3. Masukkan telur yang sudah dipukul dan goreng sambil kacau untuk hancurkan telur, kemudian sejukkan.

Cara-cara menyediakan Karipap Telur Hancur:

1. Canaikan doh karipap tadi dan tekap dengan gelas plastik mengikut saiz yang dikehendaki.

2. Isikan inti telur dan kelim. Boleh juga pakai acuan karipap.

3. Goreng sehingga keperangan. Siap untuk dihidang!

resepi karipap telur hancur

Resepi Karipap Telur Hancur ini sungguh mudah, sesiapa pun boleh buat. Jom jadikannya sebagai minum petang hari ini.

Selamat mencuba!

Sumber: Eny Abdullah

Baca juga: Resepi Karipap Sardin Guna Roti Gardenia, Kulit Dan Inti Cukup Rasa!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN