Sudah biasa dengan kari ikan, hari ini anda boleh cuba buat sesuatu hidangan lain dari yang lain seperti resepi Kari Ayam Bangladesh.
Apabila sebut saja tentang makanan yang popular dari India, semestinya kari akan terlintas di fikiran dan pelbagai hidangan yang boleh dibuat dengannya.
Kebanyakan hidangan kari dibuat dengan menggunakan santan, tapi lain pula ceritanya dengan resepi Kari Ayam Bangladesh dan ia tak sama seperti kari yang biasa dibuat.
Ramai tertarik dengan hasil daripada resepi Kari Ayam Bangladesh yang dikongsikan oleh Rozzieta Abd Rahim di Facebook ini tanpa menggunakan santan. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Rempah Kari Homemade, Boleh Simpan Dalam Bekas Siap-Siap!
RESEPI KARI AYAM BANGLADESH
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam
- 2 biji bawang besar (dihiris)
- 2 atau 3 biji kentang (dipotong empat)
- 4 sudu rempah kari daging
- 1 sudu serbuk kunyit
- Kulit kayu manis
- Buah pelaga
- Bendi
- Asam keping
Bahan-bahan kisar kasar:
- 3 atau 4 ulas bawang putih
- 2 biji bawang besar
- 1 inci halia
- 10 ulas cili api (ikut kepedasan masing-masing)
- 1 sudu jintan manis atau putih
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, masukkan semua sekali dalam kuali atau periuk, kemudian gaul sampai sebati.
2. Selepas itu, masukkan sedikit minyak masak dan air. Masak sampai kentang empuk dan pecah minyak.
3. Akhir sekali, perasakan dengan garam, gula, asam keping dan bendi. Masak sampai bendi lembut. Siap untuk dihidang!
Selain dimakan bersama nasi putih yang panas, anda boleh nikmati Kari Ayam Bangladesh ini bersama roti canai atau roti jala dan semestinya ia sedap tak terkata.
Kari Ayam Bangladesh ialah hidangan tepat buat mereka yang nak memasak dengan mudah dan pantas. Selain makan tengah hari, ia juga enak dibuat sebagai makan malam.
Kuahnya dengan kepelbagaian rasa bersama isi ayam yang lembut pasti membuatkan selera anda terangkat setelah menghirupnya.
Selamat mencuba!
Sumber: Rozzieta Abd Rahim
Baca juga: Resepi Mee Kari Simple, Cara Ringkas Tapi Kuah Gerenti Sedap!