Categories: Resipi

Resipi Kangkung Belacan Pedas & Wangi, Sambal Kena Tumis Garing Baru Lagi Sedap!

Kalau cari resepi kangkung belacan yang mudah, cepat dan cukup rasa, boleh cuba versi ini. Sambalnya menggunakan gabungan cili merah, cili padi, belacan dan ikan bilis yang dikisar sebelum ditumis sehingga betul-betul garing.

Rahsia nak bagi kangkung belacan lebih sedap sebenarnya terletak pada sambalnya. Jangan terus masukkan kangkung selepas bahan kisar ditumis sekejap. Sebaliknya, tumis sehingga sambal garing dan naik bau supaya rasa belacan serta ikan bilis lebih sebati.

Bila dah masukkan kangkung, tak perlu masak terlalu lama. Gaul sehingga kangkung sedikit layu, perasakan dengan sos tiram dan sedikit kicap manis, kemudian terus angkat. Makan pula dengan nasi panas-panas, memang boleh bertambah nasi!

Baca juga: Resipi Sayur Petola Berlado, Tak Perlu Banyak Bahan Tapi Rasanya Memang Sedap

RESEPI KANGKUNG BELACAN

Bahan-bahan:

  • Kangkung secukupnya
  • 1 biji bawang merah besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 4-5 biji cili merah besar (dikisar)
  • 4 biji cili padi (dikisar)
  • 1 sudu kecil belacan yang telah dibakar (dikisar)
  • Sejemput ikan bilis (dikisar)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Sedikit perasa
  • Sedikit kicap manis
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
  2. Masukkan semua bahan yang telah dikisar.
  3. Tumis menggunakan api sederhana sehingga bahan kisar benar-benar garing dan naik bau. Langkah ini penting supaya sambal lebih sedap dan tidak berbau mentah.
  4. Masukkan kangkung dan gaul rata bersama sambal.
  5. Tambahkan sos tiram, sedikit perasa dan kicap manis mengikut cita rasa.
  6. Gaul dan tumis sehingga kangkung sedikit layu. Jangan masak terlalu lama supaya kangkung tidak terlalu lembik.
  7. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Aleysia Jool

Baca juga: Resipi Sayur Labu Air Campur Bayam & Cendawan, Menu Diet Ringkas Yang Sedap Ratah Begitu Saja!

Wan N

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

2 days ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

2 days ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

2 days ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

3 days ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

3 days ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

3 days ago