
Nasi goreng bawang putih memang antara menu paling mudah disediakan apabila di rumah hanya ada nasi lebihan dan beberapa bahan asas. Walaupun nampak ringkas, gabungan bawang putih yang digoreng hingga garing bersama nasi panas menghasilkan aroma yang cukup menyelerakan.
Ramai sangka nasi goreng yang sedap memerlukan pelbagai sos atau bahan tambahan. Hakikatnya, hanya dengan bawang putih, telur dan sedikit serbuk perasa pun sudah cukup untuk menghasilkan hidangan yang lazat. Rahsianya terletak pada bawang putih yang digoreng sehingga keperangan kerana di situlah datangnya rasa dan bau yang membuka selera.
Kalau anda sedang mencari menu cepat untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam, resipi ini memang wajib dicuba. Bukan sahaja mudah, malah sesuai untuk menghabiskan nasi lebihan tanpa perlu berbelanja banyak.
RESIPI NASI GORENG BAWANG PUTIH GUNA 3 BAHAN

Bahan-bahan:
- Bawang putih (cincang halus)
- 2 biji telur
- Serbuk perasa
- Cili potong (tak wajib, letak jika suka pedas)
Cara-cara memasak:
- Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng bawang putih yang telah dicincang sehingga garing dan berwarna keperangan. Angkat dan ketepikan.
- Gunakan minyak yang sama supaya aroma bawang putih kekal dalam masakan.
- Pecahkan telur ke dalam kuali dan kacau sehingga hancur.
- Masukkan cili yang telah dipotong jika anda sukakan rasa pedas.
- Tambahkan nasi putih dan gaul hingga berderai.
- Perasakan dengan serbuk perasa mengikut cita rasa, kemudian gaul sehingga sebati.
- Masukkan semula bawang putih goreng yang telah diketepikan tadi.
- Gaul rata selama 1 hingga 2 minit sehingga semua bahan bercampur sempurna.
- Angkat dan hidangkan ketika masih panas.
Sumber: Thread
Baca juga: Resipi Nasi Tomato Lembut Berderai & Wangi Semerbak, Tak Pernah Masak Pun Dijamin Menjadi!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














