kaki ayam goreng

Kalau selalu kita makan dalam sup atau tomyam, kali ini jom cuba versi kaki ayam goreng tepung pula.

Hasilnya sangat rangup di luar, manis dan juicy di dalam. Lagi-lagi bila makan panas-panas, memang tak boleh berhenti!

Baca juga: Resipi Ayam Goreng Berempah Serdak Meriah, Kalau Ratah Lagi ‘Ketagih’ Jadinya!

RESEPI KAKI AYAM GORENG RANGUP

kaki ayam goreng

Bahan kisar:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lada hitam
  • Lada putih
  • Garam
  • Serbuk kari
  • Serbuk perasa/stok ayam

Bahan tepung kering:

Cara-cara:

  1. Perap ayam dengan bahan kisar sehingga sebati.
  2. Golek ayam pada tepung kering (salut nipis).
  3. Masukkan semula kaki ayam ke dalam bahan kisar (double dipped).
  4. Golek sekali lagi pada tepung kering. Ramas sedikit supaya tepung lebih melekat dan menghasilkan tekstur berkelopak.
  5. Panaskan minyak yang banyak (pastikan kaki ayam tenggelam).
  6. Goreng dengan api sederhana besar sehingga kaki ayam garing dan berwarna keemasan.
  7. Angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas.

Nota:

  • Kaki ayam rangup ini tak sama macam masak sup atau tomyam. Teksturnya tak liat dan tak ambil masa lama untuk dimasak.
  • Kalau nak versi paling ringkas, cukup perap dengan kunyit dan garam, kemudian salut dengan tepung goreng (apa-apa jenama pun boleh).

Sumber: Murni Rahmat

Baca juga: Ayam Goreng Tomyam, Resipi Paling Senang Tapi Rasanya Memang Power

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN