resepi ayam berempah simple​

Kalau tengah cari resepi ayam berempah simple, ini salah satu resipi yang memang senang dan ringkas nak buat tapi hasilnya padu macam makan dekat kedai nasi kukus.

Hidangan ini sesuai sangat untuk makan tengah hari atau malam bersama keluarga. Hidang panas-panas dengan nasi putih, nasi lemak atau nasi kukus, dijamin semua suka.

Baca juga: Resipi Ayam Berlado Yang Pedas Dan Wangi, Rasa Dia Memang Tak Main-Main!

RESEPI AYAM BEREMPAH SIMPLE DAN SERDAK MERIAH

resepi ayam berempah simple​

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam besar (potong 4 atau ikut suka)
  • 2 sudu besar serbuk kari daging
  • 2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 2 sudu kecil paprika/serbuk cili
  • 2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 sudu besar perasa secukup rasa(kalau guna perasa, kurangkan garam sebab lagi lama perap, lagi masin)
  • 1 biji telur
  • 5 sudu besar tepung jagung/tepung ubi (ikut yang ada)

Bahan kisar:

  • 9 ruas jari halia muda
  • 10 ulas bawang merah
  • 8 batang serai
  • 6 ulas bawang putih
  • Daun kari secukupnya

Cara memasak:

  1. Gaulkan ayam dengan semua bahan kisar dan bahan rempah kering. Masukkan telur dan tepung jagung. Gaul rata.
  2. Perap sekurang-kurangnya 1-2 jam supaya bahan meresap elok.
  3. Sebelum menggoreng, tapis ayam untuk buang air kisaran yang berlebihan.
  4. Panaskan minyak yang banyak. Goreng ayam dengan api sederhana perlahan supaya masak sekata dan tidak hangus.
  5. Akhir sekali, goreng daun kari dan baki serdak perapan hingga garing. Toskan.
  6. Hidangkan ayam goreng bersama taburan serdak garing di atasnya.

Sumber: Makcik Ratu

Baca juga: Ayam Goreng Kunyit Mudah, Lauk Ringkas Tapi Sedap Macam Makan Dekat Kedai!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN