resipi ayam goreng tomyam

Kalau tengah buntu nak masak apa untuk makan tengah hari, jom cuba resipi ayam goreng tomyam ini.

Rasanya pedas, masam dan wangi serai memang cukup membuka selera. Hidangan simple tapi dijamin buat seisi keluarga makan bertambah.

Kuahnya yang pekat berperisa tomyam memang padu bila digaul bersama nasi putih panas yang lembut. Wajib cuba!

Baca juga: Resipi Ayam Berlado Yang Pedas Dan Wangi, Rasa Dia Memang Tak Main-Main!

RESIPI AYAM GORENG TOMYAM

resipi ayam goreng tomyam

Bahan utama:

  • ½ ekor ayam (potong kecil, goreng separuh masak)
  • 1 sudu besar pes tomyam (bancuh dengan sedikit air limau nipis)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • Air secukupnya

Bahan tumis:

  • Bawang merah (dihiris)
  • Halia (diketuk atau dihiris)

Bahan tambahan:

  • Cili merah atau hijau (dihiris)
  • Tomato (dibelah 4)
  • Daun ketumbar (untuk aroma dan hiasan)

Cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah serta halia hingga wangi.
  2. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak, gaul rata.
  3. Tuang pes tomyam yang telah dibancuh dengan air limau nipis, kacau sebati. Masukkan cili hiris.
  4. Jika terlalu pekat, tambahkan sedikit air mengikut citarasa.
  5. Tutup api, kemudian masukkan tomato dan daun ketumbar. Gaul sebentar sahaja supaya segar.

Siap! Lauk Ayam Goreng Tomyam ini memang sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih.

Sumber: Ina Mat Isa

Baca juga: Resipi Ayam Masak Lemak Cili Api Padu, Kuah Pekat Lemak & Pedas Cili Padi Menyengat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN