resepi kacang sira sambal

Zaman sekolah adalah waktu kanak-kanak yang paling dirindui dan ramai teringin tahu tentang resepi Kacang Sira Sambal yang pedas manis.

Masih ingat lagi ketika zaman sekolah dulu, kita pasti singgah untuk beli Kacang Sira Sambal semasa perjalanan pulang ke rumah.

Resepi Kacang Sira Sambal yang dikongsikan oleh Adnil Sam di Facebook membuatkan ramai teringat nostalgia semasa zaman sekolah dulu. Jom cuba!

Baca juga: Cara Betul Goreng Kacang Tanah, Tak Perlu Tunggu Sampai Minyak Panas!

RESEPI KACANG SIRA SAMBAL PEDAS MANIS

resepi kacang sira sambal

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Mula-mula, tumbuk lumat bawang putih terlebih dahulu.

2. Kemudian, tumis bawang putih dan cili kisar serta masukkan gula sehingga naik bau, pecah minyak dan cili garing.

3. Masukkan sos cili, garam dan cuka, kemudian kacau rata.

4. Masukkan kacang tanah yang sudah digoreng awal dan pastikan guna api dapur yang kecil semasa menggaul, kemudian gaul dalam 3 hingga 4 minit.

5. Masukkan ajinomoto secukup rasa dan letak ikan bilis yang sudah digoreng. Siap untuk dinikmati!

resepi kacang sira sambal

Buat pengetahuan anda, sos cili dimasukkan dalam resepi Kacang Sira Sambal supaya sambal akan melekat cantik pada kacang dan terasa basah-basah sedikit.

Jika anda tak letak sos cili dalam resepi ini, sambal akan jadi terasing dari kacang, berketul-ketul dan keras, malah apabila sejuk, ia akan jadi ketulan yang lebih keras.

Resepi ini boleh digunakan sebagai snek yang sedap untuk dinikmati di rumah pada bila-bila masa.

Rasa kacang tanah yang rangup bersama sambal pedas manis, ditambah pula dengan rupa yang basah-basah pasti buatkan anda terliur melihatnya.

Selamat mencuba!

Sumber: Adnil Sam

Baca juga: Kacang Salut Tepung, Snek Rangup Yang Boleh Buat Sendiri Di Rumah

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN