Resepi kacang pool rupanya cukup mudah dan ringkas untuk dicuba. Selepas ini, tidak perlu pergi jauh ke Johor semata untuk mencari kacang pool yang enak.
Untuk pengetahuan anda, kacang pool ini popular di Johor dan Singapura sebagai menu sarapan pagi. Makanan ini pada asalnya dibawa masuk oleh orang orang-orang Arab.
Menu ini dimasak menggunakan daging cincang dan juga kacang pool atau dipanggil ‘foul medammas’. Selain kacang pool, boleh jugak masukkan kacang-kacang lain mengikut kesesuaian.
Kacang pool ini juga biasanya dihidang dengan telur mata, bawang besar yang didadu, limau kasturi dan cili hijau. Kemudian, kacang pool ini dimakan dengan roti yang disapu dengan butter dan dibakar dalam kuali.
Sekarang, anda boleh cuba buat sendiri saja di rumah menggunakan resipi yang dikongsikan oleh seorang pengguna laman sosial Facebook di bawah. Selamat mencuba!
Baca juga: Roti Garlic Dan Sup Cendawan Paling Ringkas, Sesuai Untuk Sarapan
RESEPI KACANG POOL MUDAH DAN SEDAP
Bahan-bahan:
- 400 gram daging kisar
- 2 camca besar rempah kari daging
- 2 tin kacang pool (foul)
- 1 tin baked beans
- 1 camca besar serbuk ketumbar
- 1 camca teh lada hitam – ditumbuk halus
- 2 camca besar minyak sapi
- Gula dan garam secukupnya
- Air secukupnya
- Minyak untuk menumis
Bahan kisar halus:
- 2 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
Bahan lain:
- Limau kasturi – belah 2
- Bawang besar – dadu kecik
- Cili hijau – dadu boleh, potong serong boleh
- Roti – terpulang nak guna roti apa, gardenia pun boleh
Cara-cara:
1. Cuci bersih daging cincang dan letak dalam tapis dan tos.
2. Remas kacang pool dan baked beans hingga pecah tapi tak payah sampai lumat.
3. Satukan serbuk ketumbar, rempah kari, dan air 1/3 cawan kemudian kacau rata hingga menjadi pes dan ketepikan.
4. Panaskan sedikit minyak dalam periuk kemudian masukan minyak sapi dan biar sekejap. kemudian tumis bahan kisar halus tadi sampai naik bau. masukan pes rempah dan kacau hingga rata. Gunakan api kecil dan kacau sentiasa sampai naik minyak.Kemudian masukan daging cincang dan masak lagi sampai naik minyak lagi.
5. Masukan 1 liter air (boleh kurangkan kalau nak lebih pekat) kacau hingga air mendidih. Masukan baked bean dan kacang pool tadi. Kacau sentiasa dan gunakkan api sederhana selama lebih kurang 15 – 20 minit.
6. Akhir sekali, masukan lada hitam tumbuk dan perasakan dengan gula dan garam. Kacau rata dan masak sekejap dan bila dah masak boleh matikan api.
7. Cicah kacang pool ini dengan roti bakar. Roti disapu dengan butter dan dibakar seketika dalam kuali. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Marina Ismail
Baca juga: Roti Telur Cheese Bakar, Menu Sarapan Simple Dan Kenyang!