Buat penggemar agar-agar, kali ini apa kata jom cuba resepi jelly buah yang mudah, sedap dan penuh dengan pelbagai rasa. Resipi ini memang sesuai untuk semua, tak kira usia. Anda boleh guna apa saja buah kegemaran, jadi sesuaikan mengikut cita rasa anda!
Buat sendiri memang puas hati dan anak-anak pun pasti teruja dengan jeli warna-warni yang penuh buah ni. Selain itu, jeli buah ini juga sangat sesuai untuk dijadikan sebagai pencuci mulut di majlis atau dinikmati pada bila-bila masa.
Jom tengok resipi penuh untuk mengetahui apakah bahan-bahan yang diperlukan serta cara-caranya di bawah. Anda pasti ingin mencuba resepi ini selepas melihat betapa mudahnya untuk buat juadah ini.
Baca juga: Resipi Puding Jagung Tanpa Tepung Kastard, Lembut Bergedik & Tak Muak
RESEPI JELLY BUAH
Bahan-bahan:
- 10 gm serbuk agar-agar (clear)
- 200 gm gula pasir halus (resepi asal 250 gm)
- 1 liter air
- Buah strawberi (potong dadu)
- Buah kiwi (potong dadu)
- Buah manga (potong dadu)
Cara-cara:
- Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar, kemudian kacau hingga larut.
- Masak hingga mendidih, kemudian tutup api.
- Tuang campuran ke dalam acuan yang telah berisi buah-buahan.
- Simpan dalam peti sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan. Siap!
Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Miz’s Shaliza
Baca juga: Resipi Puding Jagung Kastard Guna 4 Bahan, Sedap & Lembut Elok!