Jelly ball adalah sejenis agar-agar yang berisi buah-buahan seperti anggur, kiwi, oren dan sebagainya.
Ia boleh dikatakan sedang ‘viral’ di media sosial dan banyak gerai ada menjualnya.
Warna-warni jelly ball ini sangat cantik dan sememangnya telah menarik perhatian ramai terutamanya anak-anak.
Jadi apa kata ibu-ibu jom cuba buat sendiri di rumah. Lebih jimat dan puas hati sebab boleh letak pelbagai buah yang disukai!
Baca juga: Resipi Puding Jagung Kastard Guna 4 Bahan, Sedap & Lembut Elok!
RESEPI JELLY BUAH ‘VIRAL’
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1 bungkus jelly konnyaku (10 gram)
- Serbuk agar-agar (3 gram)
- Gula 300 gram
- Air 1300ml
- Perisa
- Buah-buahan
- Bekas jelly ball
Cara-cara buat jelly ball:
1. Sediakan periuk, jangan buka api. Satukan air, serbuk jelly, serbuk agar-agar dan gula. Kacau rata.
2. Kemudian, baru buka api dan masak sehingga mendidih. Masukkan perisa.
3. Dalam bekas jelly ball, letakkan buah-buahan yang disukai.
4. Apabila wap agar-agar sudah tiada, tuangkan ke dalam bekas jelly yang berisi buah tadi.
5. Isi separuh saja, tutup bekas jelly ball dan tekan sampai keluar dari lubang kecil-kecil.
6. Sejukkan di dalam peti sejuk sehingga jelly keras. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Zaimah Zakaria
Baca juga: Resipi Puding Karamel Tanpa Guna Telur, Sedap Kalau Makan Sejuk-Sejuk!