Ikan keli goreng memang sedap dijadikan lauk makan tengah hari, terutama kalau digoreng hingga garing di luar tetapi isinya masih lembut. Cuma, ramai yang kurang gemar menggoreng ikan keli kerana minyak mudah meletup dan ikan pula kadang-kadang melekat pada kuali.
Kalau nak ikan keli yang lebih rangup, boleh cuba salutkan ikan dengan bancuhan rempah, telur dan campuran tepung. Menariknya, tepung beras dicampur sedikit tepung ubi kayu untuk mendapatkan salutan yang lebih elok selepas digoreng.
Untuk 1 kilogram ikan keli, bahan-bahannya mudah sahaja. Ikut nisbah tepung yang dikongsikan ini iaitu 4:1, kemudian goreng dalam minyak yang betul-betul panas menggunakan api besar. Hasilnya, ikan keli lebih rangup dan salutan tidak mudah tertanggal ketika digoreng.
Baca juga: Cara Siang Ikan Siakap Dengan Betul, Rupanya 1 Bahagian ‘Ini’ Ramai Tak Tahu Kena Bersihkan!
RESIPI IKAN KELI RANGUP, ADA PETUA TAK MELEKAT & TAK MELETUP KETIKA MENGGORENG

Bahan-bahan:
- 1 kg ikan keli
- Bawang merah
- Bawang putih
- Kunyit
- Ketumbar
- Lengkuas
- Telur
- Tepung beras
- Tepung ubi kayu
Nisbah tepung: 4 sudu besar tepung beras + 1 sudu besar tepung ubi kayu
Cara-cara penyediaan:
- Bersihkan ikan keli dan tos sehingga tidak terlalu berair.
- Kisar atau tumbuk bawang merah, bawang putih, kunyit, ketumbar dan lengkuas hingga halus.
- Masukkan bahan kisar ke dalam bekas. Tambahkan telur dan gaul sebati.
- Masukkan tepung beras dan sedikit tepung ubi kayu mengikut nisbah 4:1. Contohnya, gunakan 4 sudu besar tepung beras bersama 1 sudu besar tepung ubi kayu.
- Gaulkan ikan keli dengan bancuhan tersebut sehingga seluruh permukaan ikan bersalut rata.
- Panaskan minyak dalam kuali. Pastikan minyak sudah cukup panas sebelum memasukkan ikan.
- Masukkan ikan keli dan goreng menggunakan api besar sehingga garing dan masak.
- Angkat ikan keli dan toskan minyak sebelum dihidangkan.
Tip: Untuk mengurangkan risiko ikan melekat dan minyak meletup ketika menggoreng, pastikan ikan tidak terlalu berair sebelum disalut. Minyak juga perlu betul-betul panas sebelum ikan dimasukkan ke dalam kuali.
Sumber: Salbiyah Solihin
Baca juga: Resipi Ikan Kembung Kicap Berempah, Kuah Pekat & Sedap Meresap Sampai Ke Isi!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

