Jika anda tercari-cari resipi ikan yang mudah tapi lazat, jom cuba resepi ikan temenung goreng masak asam ini.
Kuahnya yang masam, manis dan pedas pasti boleh menaikkan selera sesiapa saja, terutamanya buat mereka yang hilang selera makan.
Sepinggan nasi confirm tak cukup, auto’ berselera dibuatnya! Jom kita cuba masak menggunakan resipi di bawah.
Baca juga: Cara Siat ‘Jaket’ Ikan Cencaru Dengan Mudah, Isi Pun Tak Tercarik!
1. Cuci bersih ikan. Kemudian kelar dan goreng mengikut selera sama ada garing ada suku masak. Angkat ikan dan ketepikan.
2. Tumis cabai hidup, bawang besar, bawang putih, cabai melaka dan halia sehingga semuanya layu.
3. Masukkan ikan yang sudah digoreng tadi. Alih-alihkan ikan sehingga bahan tumis mesra.
4. Selepas itu, masukkan 1/2 cawan air asam jawa cair.
5. Kemudian, masukkan 1 1/2 cawan air. Perasakan dengan garam, gula secubit dan serbuk perasa. Gaul sebati dan renehkan seketika.
6. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Hani Myhanie Ali
Baca juga: Resipi Gulai Ikan Tongkol Stail Kelantan Yang Sedap, Kuah Pekat & Cantik Elok
Kek coklat moist memang tidak pernah gagal mencuri hati pencinta coklat. Tapi, bagaimana kalau ikut…
Penggemar dessert wajib cuba resepi puding roti dengan sos kastard pekat ini. Setiap suapan pasti…
Rasanya agak lama kita tak dengar orang buat Sambal Sotong Cumi Kering sedangkan lauk ini…
Seorang pengguna laman sosial Facebook, Nurhayati Maleq, berkongsi satu resipi asam pedas ikan jenahak yang…
Kali pertama dengar tentang Tomyam Poktek, terus tertanya-tanya, tomyam jenis apakah ini? Buat pengetahuan anda,…
Nasi kerabu ialah kebanggaan citarasa tradisional Kelantan yang digemari ramai. Resipi nasi kerabu ini memberikan…