Categories: Resipi

Cara Buat Tomyam Poktek Yang Padu, Nama Pelik Tapi Sedap Lain Macam!

Kali pertama dengar tentang Tomyam Poktek, terus tertanya-tanya, tomyam jenis apakah ini? Buat pengetahuan anda, ia adalah sejenis tomyam seafood ala Thai yang disukai ramai.

Tomyam Poktek berbeza dengan tomyam biasa kerana susu cair atau santan akan ditambah ke dalam kuah bersama campuran pelbagai jenis makanan laut seperti isi ikan, sotong, kupang dan udang.

Jika ingin tahu bagaimana rasa Tomyam Poktek yang dikatakan sedap ini, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Yuss Aisya di Facebook. Jom kita cuba!

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Pembantu Rumah Ajar Masak Tomyam Udang, Resipi Padu Dari Thailand

RESIPI TOMYAM POKTEK

Bahan-bahan:

  • Udang
  • Isi ikan kembung
  • Sotong (dibersihkan)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 2 biji tomato (dibelah empat)
  • Lengkuas
  • 5 biji cili padi merah (diketuk)
  • Cendawan enoki
  • 4 sudu besar santan atau susu cair
  • Daun ketumbar
  • 3 helai daun limau purut
  • 3 biji limau nipis
  • 1 biji bawang besar
  • Batang dan akar ketumbar
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 600ml air
  • 4 hingga 5 sudu makan sos nampla (sos ikan)

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, masukkan serai, lengkuas, kiub ikan bilis, daun limau purut, batang dan akar ketumbar serta cili ketuk ke dalam periuk, kemudian masuk 600ml air (anggaran dalam 3 cawan besar).

2. Apabila sudah mendidih, masukkan tomato dan bawang besar, kemudian biar didih sekali lagi.

3. Masukkan udang, sotong dan ikan satu persatu. Masuk angkat bahan-bahan tadi dengan tangan. Jangan lingkupkan dengan bekasnya sebab tak nak air termasuk sekali atau tos sehingga kering.

4. Cara potong limau, elakkan terhiris biji limau kerana ia akan memberikan rasa pahit.

5. Perah limau nipis satu persatu dan sesuaikan rasa masam mengikut citarasa.

6. Cendawan mudah lembik, jadi masukkan apabila tomyam sudah hampir masak.

7. Masuk nampla (sos ikan) dalam anggaran 4 hingga 5 sudu makan dan tunggu mendidih sekali lagi.

8. Apabila sudah mendidih, masukkan santan atau susu cair, kemudian terus matikan api dan tabur daun ketumbar. Siap untuk dihidang!

Gabungan rasa kuah dalam Tomyam Poktek bersama aroma makanan laut memang buat selera terangkat. Sekali hirup, pasti tak berhenti nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Yuss Aisya

Baca juga: Resepi Tomyam Putih Simple, Kuah Tanpa Pes Lebih Berselera Jadinya

Aimi

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

4 hours ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

4 hours ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

4 hours ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

5 hours ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

6 hours ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

6 hours ago