Categories: Resipi

Resipi Puding Roti Dengan Sos Kastard Pekat, Sedap Sampai Terbeliak Mata!

Penggemar dessert wajib cuba resepi puding roti dengan sos kastard pekat ini. Setiap suapan pasti membuatkan anda teringin nak makan lagi!

Jangan risau, bahan-bahan yang diperlukan mudah sahaja. Pastikan anda mengikuti langkah demi langkah dengan teliti untuk hasil yang sempurna.

Yang paling istimewa, sos kastardnya pekat likat menyelubungi puding roti yang lembut. Fuh, memang terangkat bila makan!

Baca juga: Cara Buat Puding Mangga Yang Lembut, Puas Hati Tengok Buah Penuh!

RESEPI PUDING ROTI SOS KASTARD

Bahan-bahan puding roti:

  • 2 sb butter/marjerin
  • 2 biji telur gred A (3 biji jika telur gred B/C)
  • 3/4 tin susu cair
  • 1 sk esen vanila
  • Sedikit garam
  • 5 sb gula
  • Roti keping
  • Kismis & coklat chip (untuk hiasan)

Cara-cara buat puding roti:

1. Cairkan butter atau marjerin. Selepas sudah cair, tutup api dan biarkan sejuk selama 10 minit.

2. Jika butter sudah sejuk, masukkan telur. (Jangan buka api lagi, nanti jadi telur dadar pula.)

3. Masukkan susu cair dan kacau dengan telur tadi sehingga sebati. Kemudian, baru hidupkan api.

4. Letakkan esen vanila untuk hilangkan bau hanyir telur.

5. Masukkan sedikit garam supaya kuah rasa sedikit berlemak.

6. Masukkan juga gula dan kacau sehingga larut. Tutup api dan ketepikan.

7. Sediakan aluminium foil dan carikkan 4 keping roti. Selepas itu, taburkan kismis dan coklat chip.

8. Kemudian, carikkan lagi 4 keping roti atas lapisan pertama tadi.

9. Kemudian, tuangkan kuah yang dibuat tadi ke atas roti. Sambil tuang, mampatkan roti dengan menekan guna senduk.

10. Pastikan kuah rata kena semua roti. Isi kuah sampai penuh seperti dalam gambar.

11. Kemudian, taburkan lagi dengan coklat chip dan kismis.

12. Bakar dalam air fryer. 10 minit pertama bakar pada suhu 155°C selama 10 minit. Tukar suhu 140°C dan sambung bakar selama 15 minit.

13. Cek pada bahagian bawah. Jika belum masak, tambah lagi 10 minit masa membakar.

Bahan-bahan sos kastard:

  • 1 tin susu cair
  • 2 sb tepung kastard
  • 1 cawan air
  • 6-7 sb gula
  • Sedikit esen vanila

Cara buat sos kastard:

1. Sementara roti tengah dibakar, buat sos kastard pula.

2. Dalam periuk, tuangkan susu cair. (Jangan buka api lagi.)

3. Masukkan tepung kastard dan kacau hingga sebati dengan susu.

4. Masukkan 1 cawan air dan hidupkan api gas.

5. Letakkan gula mengikut tahap kemanisan yang disukai.

6. Letakkan juga sedikit esen vanila.

7. Kacau dengan kerap guna api sederhana besar untuk elak sos berketul.

8. Apabila sos sudah mendidih, boleh tutup api. Kepekatan sos mengikut cita rasa anda.

9. Tuang sos kastard ke atas puding roti yang sudah siap dibakar tadi. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Nor Farah Atika

Baca juga: Resipi Puding Kek Batik Lembut, Sedap Makan Sejuk-Sejuk!

Wan N

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

17 hours ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

17 hours ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

17 hours ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

18 hours ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

19 hours ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

19 hours ago