Categories: Resipi

Resipi Coklat Ganache Tak Renyah, Buat Permukaan Kek Nampak Berkilat Cantik!

Kek coklat moist memang tidak pernah gagal mencuri hati pencinta coklat. Tapi, bagaimana kalau ikut resipi coklat ganache dan tuang di atasnya untuk rasa tekstur lebih mewah?

Artikel ini kami kongsikan resipi coklat ganache , lengkap dengan cara buat kek saiz 6 inci yang mudah disediakan.

Pasti lepas ini, kek coklat anda akan sedap setaraf kedai kek. Jom tengok resipi penuh di bawah ini.

Baca lagi: Cara Buat Roti Guna Kaedah KUKUS, Hasilnya Jadi Lebih Lembut & Gebu!

RESIPI COKLAT GANACHE

Bahan-Bahan:

  • 200ml whipping cream
  • 200g coklat gelap (dark chocolate coin)
  • 7g gelatin (pastikan halal)

Cara-Cara Penyediaan Ganache:

1. Letakkan whipping cream dalam periuk dan panaskan sehingga mendidih kecil. Tutup api.

2.  Kacau gelatin ke dalam whipping cream yang panas hingga larut sepenuhnya.

3.  Masukkan dark chocolate coin dan kacau sehingga coklat larut sepenuhnya dan teksturnya menjadi licin.

4. Tuangkan ganache ke atas kek yang masih berada dalam loyang.

5.  Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 5-6 jam, tetapi sebaiknya semalaman untuk hasil terbaik.

6.  Guna kertas baking yang lebih di sisi loyang untuk memudahkan kek dikeluarkan.

7. Panaskan pisau dalam air panas, lap bersih, dan potong kek untuk memastikan setiap potongan kemas dan cantik.

Tips Kek Coklat Moist yang Sempurna

  • Resipi kek ini ada versi kukus dan bakar. Jika sukakan kek yang lembut dan lebih lembap, versi kukus adalah pilihan yang terbaik.
  • Jangan pukul telur terlalu lama dalam versi kukus. Ini untuk mengelakkan kek berongga besar seperti apam. Kek sepatutnya padat tetapi lembut.
  • Jika saiz kek anda lebih besar daripada 6 inci, gandakan sukatan bahan ganache.
  • Tambah hiasan seperti chocolate rice, grated chocolate, atau apa saja topping kegemaran untuk kek anda.
  • Kalau tak mahu guna gelatin, tambahkan nisbah coklat kepada whipping cream (contoh: 300g coklat untuk 200ml whipping cream).

Selamat mencuba!

Sumber: Khairunnisa Mohammad

Baca lagi: Premium Thai Butter Cake, Sekali Makan Terus Cair Dalam Mulut

Aisha Qistina

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

6 hours ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

6 hours ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

6 hours ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

7 hours ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

8 hours ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

8 hours ago