Categories: Resipi

Japchae Ikut Tekak Melayu, Korea Glass Noodle Yang Sedap Dan Rugi Tak Cuba!

Pernah cuba Japchae makanan Korea? Ia merupakan masakan yang berasal daripada Korea yang menggunakan mi kaca dan dihidang bersama pelbagai jenis sayuran dan bahan masakan yang lain seperti telur dadar, daging dan sos hitam.

Selalu je orang keliru antara mi kaca dengan suhun. Mi kaca diperbuat daripada tepung keledek manakala suhun pula diperbuat daripada pati kacang hijau. Secara fizikalnya, mi kaca dan suhun lebih kurang sama tapi diperbuat daripada bahan yang berbeza.

Baca juga: Selalu Tengok K-Drama? Ini 7 Makanan Korea yang Korang Patut Cuba

Tekstur mi kaca ini pula lebih kenyal berbanding suhun yang sedikit halus. Ha! nak lagi jelas, boleh google dan tengok kedua-dua teksturnya yang berbeza antara satu sama lain. Japchae juga antara hidangan Korea yang dimasak halal dan boleh dimakan.

Resipi japchae Korea ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Zurina Zulkefli. Dijamin halal bila buat sendiri di rumah.


RESIPI JAPCHAE TEKAK MELAYU

Bahan utama:

  • Mi kaca

Bahan 5 warna:

  • Hijau – Sayur pak choi atau bayam, rebus dan toskan.
  • Kuning – Telur ayam dimasak dadar.
  • Jingga – Lobak merah, dihiris memanjang dan sangai di atas kuali dengan secubit garam.
  • Putih – Bawang Holland, dihiris dan disangai.
  • Hitam – Cendawan shitake /kulat hitam / daging perap kicap. Hiris memanjang masak.

Bahan sos:

  • 3 sudu besar kicap cair/masin
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu besar gula/gula perang
  • 1 sudu kecil garam

Bahan hiasan:

  • Biji bijan – sudah disangai

Cara penyediaan:

1. Mi kaca ambil separuh dari paket, rebus selama 5 minit. Sehingga lembut, angkat dan toskan. Letak tepi.

2. Untuk bahan sos pula, campurkan kesemua sekali dan masak di atas kuali sehingga sebati.

3. Tuangkan sos hitam ke atas mi kaca yang direbus tadi. Gaul sebati.

4. Masukkan campuran sayur tadi dan gaul rata

5. Tambah biji bijan yang telah disangai.

6. Sedia untuk dimakan.


Selamat mencuba resipi ini.

Baca juga: Bebola Nasi Atau Jumeok-Bap Ala Korea, Laku Habis Anak Anak Makan!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Kek Mentega Simple Guna Sukatan Cawan, Lembut Gebu & Harum Semerbak Satu Rumah!

Bau kek mentega yang sedang dibakar memang cukup menggoda! Harum semerbak mentega memenuhi ruang rumah,…

7 mins ago

Resipi Kepah Masak Cili Ala Thai, Tambah Cili Padi Kalau Nak Lebih Pedas Yang Memikat Selera!

Resepi kepah masak cili ala Thai ini sesuai untuk penggemar makanan laut yang sukakan hidangan…

38 mins ago

Resipi Sambal Tomato Tumbuk, Bahan Kena Goreng Dulu Baru Lagi Sedap & Wangi!

Sambal tomato tumbuk boleh dijadikan pilihan kalau dah bosan makan sambal belacan yang biasa. Gabungan…

43 mins ago

Kari Dal Ala Mamak, Ini Rahsia Pilih Kacang Dal & Teknik Masak Supaya Kuah Jadi Pekat!

Kari dal ala mamak memang enak dimakan bersama roti canai, capati atau nasi panas. Namun,…

1 hour ago

Ikan Kukus Limau, Kuah Masam Pedas Dengan Aroma Serai & Halia Yang Buat Terliur!

Ikan kukus limau antara hidangan yang cukup menyelerakan, terutama apabila dinikmati bersama nasi putih panas.…

2 hours ago

Resepi Sup Bebola Ayam, Lengkap Dengan Tauhu Dan Cendawan Dalam Satu Mangkuk!

Resepi sup bebola ayam ini sesuai dijadikan pilihan hidangan untuk seisi keluarga. Dengan bebola ayam…

2 hours ago