resepi ikan talapia goreng

Kalau nak hidangan ikan yang sedap tapi tak susah nak buat, memang pilihan tepat untuk cuba resepi Ikan Talapia Goreng Tumis Santan. Sekali makan, sampai bertambah dibuatnya.

Ikan Talapia Goreng Tumis Santan bukan saja mudah, malah sesuai untuk makan tengah hari atau malam bersama keluarga. Senang cerita, boleh masak pada bila-bila masa.

Nak tahu betapa sedapnya ikan goreng berkuah santan yang wangi dan pekat, ikut resepi Ikan Talapia Goreng Tumis Santan oleh Sis Auni di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Gulai Ikan Tongkol Pekat Berlemak, Ini Rahsia Kuah Cantik Dan Tahan Lama!

RESEPI IKAN TALAPIA GORENG TUMIS SANTAN

resepi ikan talapia goreng

Bahan-bahan:

  • Ikan talapia merah
  • Serbuk perasa
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Kunyit hidup
  • Cili padi
  • Serai
  • Asam keping
  • Santan
  • 1 kiub ikan bilis
  • Daun pegaga (pilihan)

Cara-cara masak:

  1. Lumur kunyit dan serbuk perasa pada ikan talapia, gorengkan ikan sampai garing, kemudian ketepikan.
  2. Kisar bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan cili padi.
  3. Tumis bahan kisar tadi sampai keperangan.
  4. Terus masukkan serai dan asam keping.
  5. Setelah tumisan sudah keperangan, masukkan santan.
  6. Jika rasa kuah terlalu pekat, masukkan air secukupnya.
  7. Masukkan kiub ikan bilis dan serbuk perasa.
  8. Jika ada daun pegaga, masukkan sekali.
  9. Masukkan ikan talapia goreng dan tutup api, terbalikkan ikan supaya tersalut kuahnya.

Selamat mencuba!

Sumber: Sis Auni

Baca juga: Resipi Ikan Kerisi Masak Pindang Simple, Tak Pernah Jemu Walau Banyak Kali Masak!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN