resipi sup ikan

Resipi sup ikan merah ini menjadi kegemaran ramai kerana rasa kuahnya ringan tetapi kaya dengan aroma herba dan rempah yang memikat selera.

Sesuai untuk makan tengah hari sebagai lauk utama, resipi ini juga mudah disediakan dan pasti membuatkan semua tersenyum puas selepas mencubanya.

Baca juga: Rahsia Masak Sup Ayam Tumis Darat Yang Padu, Aroma Semerbak Auto Rasa Lapar!

RESIPI SUP IKAN MERAH

Bahan-bahan:

  • 1 kg ikan merah (saya lebih suka goreng dulu tanpa kunyit)
  • 1/2 biji bawang holland, dihiris nipis
  • 1 batang akar daun sup
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • Sedikit halia, dihiris halus
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil lada hitam, ditumbuk kasar
  • 1 sudu besar rempah sup
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 5 biji cili padi, diketuk
  • 2 sudu besar sos ikan
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya
  • Sedikit daun sup, dipotong kasar
  • Bawang goreng untuk taburan
  • Air secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan-bahan bertanda * (bawang holland, akar daun sup, bawang putih, halia, jintan manis, lada hitam) sehingga naik bau dan agak garing.
  2. Masukkan air dan rempah sup. Biarkan mendidih sehingga bahan sebati.
  3. Tambahkan garam, gula, sos ikan dan sos tiram. Kacau sebati dan biarkan mendidih sekejap.
  4. Masukkan cili padi dan ikan merah yang telah digoreng. Masak beberapa minit sehingga ikan sebati dengan kuah.
  5. Tutup api dan taburkan daun sup serta bawang goreng sebelum dihidangkan.

Tip: Sup ini lebih sedap jika dimasak dengan ikan merah segar dan kuahnya jangan terlalu lama dimasak supaya isi ikan tidak hancur.

Sumber: Wiwien Chempaka

Baca juga: Resipi Sup Ekor Kuah Pekat & Daging Empuk, Sekali Hirup Kuah Terus Nak Tambah Nasi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN