
Selain ayam percik, resepi Ikan Percik simple turut dinanti-nantikan sewaktu bulan Ramadan. Bukan saja menyelerakan, malah ia memberi kelainan sebagai hidangan berbuka.
Dengan rasa pedas rempah dan kuah santan yang kaya, Ikan Percik mampu membuatkan sesiapa saja terliur. Senang cerita, semua orang suka aroma yang datang daripada lauk ini.
Adiah Adam telah kongsikan resepi Ikan Percik simple di Facebook dengan langkah demi langkah dan hasilnya cukup sempurna. Jom kita cuba!
Baca juga: Tips Goreng Ikan Tak Meletup & Tak Melekat Pada Kuali, Teknik Ini Serius Menjadi!
RESEPI IKAN PERCIK SIMPLE

Bahan-bahan:
- Ikan selar (nak guna apa-apa jenis ikan pun boleh ikut pilihan anda)
- 2 inci halia
- 3 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 2 batang serai
- 1 kotak santan (200ml, boleh guna santan kotak atau santan segar)
- 3 hingga 4 sudu cili kisar
- 1 keping asam keping
- 1 batang serai (dititik)
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 sudu tepung beras (tambahan, untuk pekatkan kuah)
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit, kemudian bakar.
2. Selepas itu, kisar bawang merah, bawang putih, serai dan halia.
3. Kemudian, masukkan dalam periuk yang berisi santan.
4. Seterusnya, kacau dengan menggunakan api yang perlahan.
5. Masukkan cili kisar, serai titik, asam keping, garam dan gula secukup rasa, kemudian kacau lagi sampai sebati (kuah mesti selalu dikacau dengan api perlahan agar santan tak pecah minyak).
6. Apabila kuah hampir pekat, masukkan tepung beras yang dibancuh dengan air.
7. Kacau sampai kuah pekat dan betul-betul masak supaya tak cepat basi.

8. Akhir sekali, tuang kuah yang sudah dimasak ke atas ikan yang siap dibakar tadi. Siap untuk dihidang!
Setelah buat resepi Ikan Percik simple ini, anda akan dapat rasai kombinasi isi ikan yang lembut dan berjus setelah dibakar bersama percikan kuah yang sangat lemak berkrim.
Selamat mencuba!
Sumber: Adiah Adam
Baca juga: Resepi Ikan Percik, Cara Bakar Ini Buat Isi Kekal Lembut Dan Berjus
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














