resepi ikan patin tempoyak

Percutian ke Pahang takkan lengkap jika tak cuba pelbagai makanan sedap dan ramai mencari resepi Ikan Patin Tempoyak yang mudah.

Ikan Patin Tempoyak merupakan makanan paling popular di Pahang terutamanya di Temerloh dan ia merupakan salah satu makanan wajib dicuba di sana.

Buat pengetahuan anda, tempoyak dibuat daripada isi buah durian dan ditambah dengan sedikit garam serta disimpan tertapai dalam suhu bilik selama tiga hingga lima hari.

Ia tak dimakan begitu saja tapi digunakan untuk buat sambal, pais ikan atau dimasukkan ke dalam Ikan Patin Tempoyak.

Nur Masri telah sudi kongsikan resepi Ikan Patin Tempoyak yang sangat mudah tanpa jalan kerja yang renyah di Facebook. Jom kita cuba!

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resipi Ikan Keli Masak Lemak Tanpa Meletup, Cara Pun Ringkas!

RESEPI IKAN PATIN TEMPOYAK

resepi ikan patin tempoyak

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan patin
  • 1 mangkuk kecil tempoyak
  • 2 kuntum bunga kantan
  • 1 genggam daun kesum
  • 10 biji cili api merah dan hijau (boleh tambah jika nak pedas)
  • 3 inci kunyit hidup
  • Air
  • Garam
  • Gula

Cara-cara:

1. Mula-mula, kisar cili api, kunyit hidup dan tempoyak sampai halus, kemudian masukkan ke dalam periuk.

2. Selepas itu, tambahkan air jika pekat. Buka api dan panaskan bahan kisar tadi.

3. Apabila sudah menggelegak, masukkan daun kesum dan bunga kantan.

4. Seterusnya, masak hingga mendidih dan masukkan ikan patin, kemudian perasakan gula dan garam.

5. Apabila ikan sudah masak, boleh tutup api. Siap untuk dihidang!

resepi ikan patin tempoyak

Beruntungnya jika anda duduk di Pahang kerana kesedapan ikan patin yang diternak dalam sangkar di sekitar Sungai Pahang menjadikannya berbeza berbanding ikan patin di tempat lain.

Walaupun tak berada di Pahang, anda masih boleh cuba resepi Ikan Patin Tempoyak ini yang ringkas dan kuahnya juga cukup memikat selera.

Senang cerita, suami pun boleh terpikat jika anda hidangkan Ikan Patin Tempoyak sebagai lauk pada hari ini.

Selamat mencuba!

Sumber: Nur Masri

Baca juga: Ikan Cencaru Masak Kicap, Cuba Sekali Terus Tak Pandang Lauk Lain

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN