Categories: Resipi

Resipi Ikan Kerapu Goreng Halia & Bawang Putih Rangup, Bertambah Wangi Bila Disiram Sos Kicap!

Kalau suka lauk bergoreng yang rangup di luar tapi lembut di dalam, kena cuba resepi ikan kerapu goreng halia dan bawang putih yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Yan Akif.

Hidangan ini bukan saja mudah disediakan, tapi rasanya juga wangi dan cukup padu bila disiram dengan sos kicap panas. Sesuai sangat dijadikan lauk untuk nasi putih panas-panas. Lihat resipi penuh di bawah!

Baca juga: Resipi Ikan Masak Asam, Lauk Simple Yang Buat Selera Naik & Senang Dimasak

RESEPI IKAN KERAPU GORENG HALIA DAN BAWANG PUTIH RANGUP

Bahan A:

  • Ikan kerapu (dilumur dengan garam dan serbuk kunyit)
  • Sedikit tepung jagung (untuk salut sebelum digoreng)
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
  • Sedikit perahan limau nipis

Cara-cara:

  1. Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit. Sebelum goreng, salutkan ikan dengan sedikit tepung jagung supaya teksturnya lebih rangup.
  2. Goreng dalam minyak yang banyak hingga garing mengikut cita rasa (nak crunchy pun boleh!).
  3. Bila dah siap, angkat dan perahkan sedikit jus limau atas ikan.

Bahan B:

  • 2 inci halia muda (hiris panjang)
  • Cili padi, hiris halus (ikut tahap pedas yang diinginkan)
  • Bawang putih (hiris nipis)

Cara-cara:

  1. Goreng semua bahan ini satu per satu hingga garing dan keperangan. Toskan minyak dan ketepikan.

Bahan C (sos kicap):

  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 3 titik minyak bijan
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar minyak masak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, kemudian masukkan semua bahan sos. Kacau dengan api sederhana kecil supaya kicap tidak hangus. Bila nampak mula mendidih, tutup api.

Cara hidang:

  1. Letakkan ikan goreng atas pinggan hidangan. Taburkan bahan B (halia, cili dan bawang putih goreng) di atasnya.
  2. Akhir sekali, curahkan sos kicap panas (bahan C) di atas ikan.
  3. Siap untuk dihidang! Paling sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas.

Sumber: Yan Akif

Baca juga: Resipi Ikan Kerisi Masak Sambal Cili Hijau & Merah, Pedas Kering Memang Padu!

Wan N

Recent Posts

Rahsia Kacang Tanah Rangup, Nampak Biasa Tapi Teknik Goreng Ini Ramai Terlepas Pandang!

Resepi kacang tanah goreng rangup sebenarnya mudah saja. Tak perlu bahan yang banyak, cuma kena…

5 mins ago

Fruit Rice Paper Roll, Buah Segar Digulung Dalam Rice Paper… Sekali Gigit Memang Fresh!

Resipi fruit rice paper roll ini sesuai untuk anda yang mahukan snek segar dengan gabungan…

40 mins ago

Resipi Kuih Apam Tokyo 2 Lapisan, Bahagian Bawah Kenyal & Atas Lembut Berlemak

Kalau suka kuih tradisional yang ada gabungan rasa lemak dan manis, kuih apam Tokyo ini…

51 mins ago

Cara Buat Minyak Stroke Guna 3 Bahan Dapur, Nak Guna Tinggal Sapu & Ratakan Saja

Minyak stroke ini dikongsikan menggunakan hanya tiga bahan yang mudah didapati iaitu minyak kelapa, buah…

3 hours ago

Resipi Kerabu Pegaga, Gaul Dengan Kelapa Sangai Sampai Kering Baru Lagi Sedap

Bila nampak pegaga segar, terus terbayang kerabu yang masam, pedas dan rangup. Kalau suka makan…

3 hours ago

Masam-Masam Manja! Resipi Ikan Tenggiri Masak Cuka Ini Memang Buat Bertambah Nasi

Resipi tenggiri masak cuka ini boleh menjadi pilihan bagi anda yang menggemari hidangan dengan rasa…

3 hours ago