ikan kayu

Bagi peminat lauk kampung, ikan kayu masak cuka memang antara hidangan yang cukup membuka selera. Gabungan rasa masam daripada cuka, manis dan sedikit pedas daripada cili menjadikan lauk ini sangat sesuai dinikmati bersama nasi putih panas.

Biasanya ikan kayu atau ikan tongkol mudah didapati di pasar dan sering menjadi pilihan untuk dimasak pelbagai cara seperti gulai, sambal atau masak kicap. Namun, resipi ikan kayu masak cuka ini memberikan rasa yang lebih segar dengan kuah yang ringan tetapi tetap penuh aroma.

Menariknya, hidangan ini tidak memerlukan bahan yang banyak atau cara memasak yang rumit. Dengan hanya menggunakan bawang, halia, biji sawi dan cuka, lauk ringkas ini boleh siap dalam masa yang singkat untuk santapan keluarga.

Baca juga: Resepi Ikan Bakar Lapik Daun Pisang, Bakar Atas Kuali Pun Tetap Wangi & Sedap

RESEPI IKAN KAYU MASAK CUKA

ikan kayu

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan tongkol/ikan kayu (dipotong)
  • Kunyit serbuk secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan kuah cuka:

  • Bawang kecil (dibelah dua)
  • Bawang putih secukupnya
  • Halia (dihiris nipis)
  • 1 sudu besar biji sawi
  • Cili hijau kecil
  • Cili merah besar
  • Cuka secukupnya
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Sedikit serbuk perasa (jika suka)

Cara-cara penyediaan:

  1. Gaulkan ikan tongkol dengan kunyit dan sedikit garam. Goreng ikan sekejap sehingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Masukkan biji sawi, bawang kecil, bawang putih dan hirisan halia.
  3. Tumis bahan-bahan tersebut sehingga naik bau dan bawang menjadi sedikit layu.
  4. Kemudian, masukkan air dan cuka secukupnya. Perasakan dengan garam, gula dan sedikit serbuk perasa.
  5. Pastikan rasa kuah seimbang dengan rasa masam, masin dan manis sebelum dimasukkan ikan.
  6. Masukkan ikan tongkol yang telah digoreng tadi ke dalam kuah. Tambahkan cili merah dan cili hijau.
  7. Masak sekejap sahaja supaya ikan menyerap rasa kuah cuka tanpa hancur.
  8. Siap untuk dihidangkan bersama nasi putih panas.

Tip: Kalau mahu rasa yang lebih sedap dan isi ikan lebih lembut, ikan tenggiri juga boleh digunakan sebagai ganti ikan tongkol. Pastikan jangan masak terlalu lama selepas ikan dimasukkan supaya tekstur ikan kekal elok.

Sumber: Umi Lieza

Baca juga: Resepi Ikan Bakar Lapik Daun Pisang, Bakar Atas Kuali Pun Tetap Wangi & Sedap

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN