Ada yang nak cuba resepi hokkien mee? Pasti ramai yang terliur tengok hokkien mi yang seakan dengan mi goreng, tapi lebih gelap dan basah.
Tetapi mi ini tidak halal jika dijual oleh kaum Cina. Ia kerana ada yang menggunakan lemak daging khinzir di dalam hokkien mi ini.
Jadi, kita kenalah belajar buat sendiri kalau teringin nak makan hokkien mi yang halal. Ikut saja resipi perkongsian oleh Nur Law di bawah.
Baca juga: Mi Goreng Lada Hitam, Resipi Campak-Campak Tapi Rasa Mantap!
Bahan-bahan:
Bahan-bahan sos:
Bahan-bahan tumis:
Cara memasak:
1. Pertama sekali, goreng udang sekejap saja. Angkat dan ketepikan.
2. Guna minyak bekas goreng udang tadi, tumis bawang putih, bawang merah dan halia sehingga naik bau.
3. Kemudian, letakkan ayam dan fish ball. Goreng sekejap. Tambahkan juga cendawan shitake dan gaul sebati.
4. Seterusnya, tuangkan 2 cawan air atau secukupnya.
5. Satukan semua bahan-bahan sos di dalam satu mangkuk. Kemudian tuang ke dalam kuali. Jika tak cukup hitam, tambah lagi 1 sudu kicap pekat.
6. Jika kuah sudah cantik, letakkan mi dan tutup periuk untuk biarkan ia masak sekejap. Guna api perlahan.
7. Gaul sebati sehingga semua bercampur rata. Masukkan pula sayur-sayuran pilihan anda. Jika air kering, tambahkan sedikit air.
8. Letak sotong dan udang yang telah digoreng tadi.
9. Perasakan dengan garam secukupnya. Hati-hati risau terlebih masin kerana sudah diletakkan kicap masin dan sos tiram.
10. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Nur Law
Baca juga: Resipi Mi Sos Daging Cincang, Masakan ‘Chinese Style’ Yang Popular & Unik
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…
Sewaktu kecil, mungkin sesekali anda pernah membantu ibu atau nenek untuk membuat kek sedap di…
Cara buat pulut kuning dan kari ayam ini memang cukup mudah! Ia juga merupakan padanan…
Sudah sering buat ikan bilis goreng biasa, sekali-sekala kenalah cuba sesuatu resipi lain dari yang…