Sudah sering buat ikan bilis goreng biasa, sekali-sekala kenalah cuba sesuatu resipi lain dari yang lain. Kali ini, kami nak ajak anda cuba resepi Ikan Bilis Goreng Merah pula.
Selain sotong merah dan ayam merah, sebenarnya kita boleh juga buat masakan merah dengan menggunakan ikan bilis dan cara memasaknya cukup mudah.
Resepi Ikan Bilis Goreng Merah ini dikongsikan oleh Liz di Facebook dengan langkah demi langkah supaya hasilnya rangup dan sedap. Jom kita cuba!
Baca juga: Ikan Bilis Goreng Bawang, Lauk Akhir Bulan Ini Sedap Macam Mak Masak!
Bahan-bahan:
*Saya pakai dalam 2 sudu untuk setiap bahan kisar bagi sukatan bawang merah, bawang putih dan cili kering.
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, goreng ikan bilis sehingga garing (jangan sampai hangit), kemudian ketepikan dan sejukkan dahulu.
2. Selepas itu, kisar halus bawang merah, bawang putih dan cili kering.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bawang merah, bawang putih, cili kering sampai pecah minyak.
4. Setelah itu, masukkan sos tiram, sos Thailand dan sos cili Maggi, kemudian tumis lagi sampai pecah minyak.
5. Masukkan pewarna merah dan perasakan dengan garam, gula, ajinomoto (ikut citarasa tapi gula jangan banyak sangat sebab langkah terakhir nanti nak salutkan dengan gula lagi supaya tak melekat).
6. Setelah bahan tumisan siap, sejukkan dahulu sampai betul-betul sejuk, baru masukkan ikan bilis goreng tadi dan gaul sampai sebati.
7. Setelah sebati, jemur ikan bilis itu sampai kering di bawah cahaya matahari yang terik.
*Nak tahu kering sampai macam mana, sentuh pakai tangan, jika bahan tumisan tadi tak melekat pada tangan, maksudnya sudah boleh angkat.
8. Akhir sekali, salutkan ikan bilis yang sudah kering dijemur tadi dengan gula halus atau gula aising. Siap untuk dinikmati!
Setelah siap resepi Ikan Bilis Goreng Merah ini, jangan lupa untuk terus menyimpannya dalam bekas udara supaya tak cepat lemau.
Betapa sedapnya Ikan Bilis Goreng Merah ini kerana bukan saja boleh diratah begitu saja, malah anda boleh jadikannya sebagai lauk untuk makan dengan nasi.
Selamat mencuba!
Sumber: Liz
Baca juga: Cara Buat Sambal Goreng Ikan Bilis Rangup Tahan Lama, Ratah Pun Sedap!
Getuk ubi kayu antara kuih tradisional yang mudah dibuat di rumah menggunakan bahan-bahan ringkas. Rasanya…
Perapan ayam yang sedap boleh buat rasa ayam lebih berperisa walaupun hanya dimasak dengan cara…
Pasta bake pedas daging ini sesuai untuk anda yang mahukan hidangan pasta yang mengenyangkan dengan…
Kek coklat lapis cream cheese ini sesuai untuk yang suka gabungan kek coklat dengan lapisan…
Ikan tongkol goreng boleh jadi sangat sedap kalau kena cara memasaknya. Kalau selama ini ikan…
Ikan siakap masak sup ini sesuai dijadikan hidangan seisi keluarga kerana kuahnya ringan, tetapi tetap…