resepi hati ayam

Kalau anda tengah mencari resepi hati ayam yang senang tapi sedap, wajib cuba versi goreng manis ini.

Bau serai dan rempahnya memang sangat wangi, rasanya yang pedas manis pula cukup memikat selera.

Makan dengan nasi panas-panas, confirm bertambah nasi dibuatnya! Kalau ada yang nak cuba, jom lihat resipi penuh di bawah.

Baca juga: Resipi Paru Sambal Yang Padu, Makan Dengan Nasi Tak Cukup Sepinggan!

RESEPI HATI AYAM GORENG MANIS

resepi hati ayam

Bahan-bahan:

  • 500 g hati ayam
  • 2 batang serai (dititik)
  • 1 biji bawang merah (dihiris)
  • 3 biji bawang merah (dikisar)
  • 5 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • ½ sudu kecil jintan manis
  • ½ sudu kecil jintan kasar
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Garam dan gula secukupnya

Cara memasak:

  1. Bersihkan hati ayam, kemudian rebus sekejap bersama sedikit hirisan halia. Toskan dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis serai dan bawang merah hiris hingga layu.
  3. Masukkan bahan kisar dan cili kisar. Tumis hingga naik minyak dan pecah aroma.
  4. Masukkan rempah kari, ketumbar, jintan manis, jintan kasar, kunyit dan lada hitam. Gaul rata.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Akhir sekali, masukkan hati ayam dan kacau hingga sebati dengan bahan tumis. Masak sekejap hingga kering dan berkilat.

Kalau tak suka dengan hati ayam, resepi ini juga boleh diganti dengan ayam, daging atau udang. Semuanya tetap sedap!

Sumber: Alyah Insyirah

Baca juga: Resipi Ayam Masak Kicap Campur Suhun Dan Fucuk, Rasa Dia Memang Lain Dari Biasa!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN