cara buat ayam kicap

Cara buat ayam kicap campur suhun dan fucuk ini memang wajib cuba. Kalau dah selalu masak ayam kicap biasa, apa kata kali ini kita cuba versi yang ini pula.

Campuran fucuk, kulat hitam dan suhun menambah tekstur menarik dan buat hidangan ini nampak lebih istimewa. Sesuai sangat dijadikan lauk makan tengah hari atau makan malam.

Baca juga: Resipi Ayam Masak Bawang Berkuah Pekat & Beraroma, Sekali Masak Mesti Nak Ulang Banyak Kali!

CARA BUAT AYAM KICAP CAMPUR SUHUN DAN FUCUK

cara buat ayam kicap

Bahan-bahan:

  • Bawang putih (cincang halus)
  • Halia
  • Ayam
  • Kicap sabah
  • Sos tiram
  • Stok ayam
  • Black pepper
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Fucuk (rendam hingga lembut)
  • Kulat hitam (rendam dan potong kecil)
  • Suhun

Cara memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian tumis bawang putih dan halia hingga naik bau.
  2. Masukkan ayam, kacau hingga sebati.
  3. Tuangkan kicap sabah, sos tiram, stok ayam dan sedikit serbuk lada hitam.
  4. Tambahkan sedikit air, kacau rata dan biarkan mendidih seketika.
  5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa mengikut cita rasa.
  6. Masukkan fucuk dan kulat hitam, kacau hingga semua bahan sebati.
  7. Bila ayam dah masak sepenuhnya, masukkan suhun dan biar lembut seketika.
  8. Masukkan suhun dan biarkan lembut seketika.
  9. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Selera Kampung Anja

Baca juga: Cara Masak Ayam Vanggey, Ini Rahsia Kuah Pekat & Rempah Wangi Macam Dekat Mamak!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN