paru sambal

Resepi paru sambal ini pasti akan menambat selera anda! Dengan paru yang digoreng rangup dan sambal yang pedas, resipi ini memang sesuai untuk penggemar masakan bersambal.

Mula-mula, paru direbus hingga lembut, kemudian digoreng sehingga garing. Selepas itu, paru yang rangup digaul bersama sambal pedas yang seimbang rasa manis dan masin.

Jika ada yang ingin mencuba, jom lihat resipi penuh yang dikongsikan oleh Puan Syalfarina Razali di bawah dan nikmati keenakannya sendiri!

Baca juga: Resipi Ikan Cencaru Bakar Cicah Dengan Air Asam, Memang Sedap Menyengat!

RESEPI PARU SAMBAL

paru sambal

Bahan-bahan:

  • Paru (yang telah dibersihkan)
  • Bawang merah
  • Bawang holland
  • Bawang putih
  • Serai
  • Halia
  • Cili kisar
  • Gula melaka (pilihan)
  • Asam jawa
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara memasak:

  1. Basuh paru dengan bersih, kemudian rebuskan paru sehingga lembut. Rebus selama kira-kira 1 jam.
  2. Setelah paru direbus, hiris nipis. Salutkan hirisan paru dengan kunyit dan garam. Gorengkan paru dalam minyak panas hingga permukaannya sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Kisar bawang merah, bawang holland dan bawang putih hingga halus.
  4. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar bersama serai dan halia hingga naik bau dan warnanya bertukar coklat keemasan. Pastikan bawang tidak berair.
  5. Tambahkan cili kisar ke dalam kuali. Tumis hingga pecah minyak.
  6. Tambahkan sedikit air ke dalam sambal. Biarkan sambal masak hingga warna sambal menjadi merah gelap. Jika suka, boleh masukkan sedikit gula melaka untuk rasa manis semula jadi.
  7. Masukkan hirisan bawang holland ke dalam sambal. Biarkan sambal merenih selama 40 minit agar rasanya lebih sebati.
  8. Ambil sedikit asam jawa, ramas dengan air dan masukkan ke dalam sambal. Perasakan dengan garam dan perasa secukupnya.
  9. Setelah sambal masak, masukkan paru yang telah digoreng. Renehkan paru bersama sambal selama 10 minit. Setelah itu, tutup api.

Sumber resipi dan gambar: Syalfarina Razali

Baca juga: Resipi Mi Rebus Utara Kuah Pekat, Buat Banyak Kali Pun Tak Rasa Jemu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN