Jom cuba resepi gulai nangka dengan daging tetel ini. Menu ini biasanya wajib ada di kenduri kendara pada zaman dulu-dulu. Makan pula dengan sambal belacan, ulam dan ikan masin, memang sangat sedap!
Kalau teringin tak perlu tunggu kenduri, boleh masak sendiri di rumah. Ikut saja cara-cara memasak di bawah. Selamat mencuba!
Baca juga: Resipi Daging Black Pepper Yang ‘Juicy’, Lembut & Ringkas
1. Satukan semua bahan rempah sehingga menjadi pes.
2. Masak rempah bersama daging tetel sehingga daging empuk.
3. Bila rempah sudah masak, masukkan rebusan tulang bersama airnya sekali.
4. Tunggu sehingga mendidih dan masukkan santan, kerisik dan asam keping.
5. Biarkan sehingga santan mendidih dan naik minyak. Lagi lama, lagi sedap.
6. Bila dah naik minyak, boleh masukkan nangka yang sudah direbus.
7. Kecilkan api dan biarkan rempah meresap ke dalam nangka tadi.
8. Perasakan dengan gula, garam dan penyedap.
9. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumis darat.
10. Selepas itu, tuang ke dalam gulai yang sudah dimasak tadi.
11. Sedia untuk menjamu selera. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Rya Lubis
Baca juga: Asam Pedas Daging Tetel ‘Gerenti’ Sedap, Sampai Menjilat Jari Dibuatnya!
Resipi bendi tumis cili bersama telur adalah hidangan ringkas tetapi memerlukan teknik yang betul agar…
Kali ini, kami bawakan resipi swiss roll strawberi yang dijamin menjadi, menggunakan bahan-bahan asas yang…
Dah tak ada idea nak masak apa dengan lauk ayam? Apa kata jom cuba resepi…
Orang tua-tua selalu kata, jika tumis sambal, kena pecah minyak. Tapi, tak ramai yang faham…
Resipi lempeng ubi kayu sangat jarang ditemui, kebiasaannya hanya dijumpai di negeri Kelantan. Bagi penggemar…
Resipi pasta ayam goreng pedas ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, tetapi rasa pedas dan…