gulai ikan

Resipi gulai ikan ini sedikit berbeza dari yang biasa. Apa yang menariknya, gulai ikan ini langsung tidak menggunakan santan, tapi hasilnya tetap pekat dan likat.

Kalau nak tahu apa rahsia untuk menghasilkan gulai ikan yang padu, jom lihat resipi yang dikongsikan oleh Zana Mokhtar di bawah.

Baca juga: Cara Masak Sup Ikan Supaya Tak Hancur, Makan Dengan Sambal Kicap Lagi Mantap!

RESEPI GULAI IKAN PEKAT & LIKAT TANPA SANTAN

Bahan-bahan:

  • Ikan (gunakan jenis ikan yang anda suka)
  • 1 peket rempah kari ikan
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • Bawang merah (dikisar)
  • Bawang merah (dihiris)
  • Bawang putih (dihiris)
  • Halia seinci (dihiris)
  • Daun kari
  • Halba
  • 2 sudu besar sos tiram (dibancuh dengan sedikit air)
  • Air asam jawa
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Bancuh rempah kari bersama bawang merah yang telah dikisar hingga sebati.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan halba, bawang merah, bawang putih, halia, dan daun kari hingga naik bau.
  3. Masukkan rempah kari yang telah dibancuh tadi ke dalam periuk dan tumis hingga naik bau dan garing.
  4. Tambahkan sos tiram yang telah dibancuh bersama air asam jawa ke dalam tumisan. Kacau rata.
  5. Biarkan kuah masak hingga pekat dan likat. Selepas itu, tambahkan sedikit air mengikut keperluan.
  6. Setelah kuah mendidih, masukkan garam secukup rasa, diikuti dengan bendi, tomato, dan ikan.
  7. Biarkan gulai mendidih seketika hingga ikan masak sepenuhnya.
  8. Setelah masak, tutup api dan hidangkan gulai bersama nasi panas.

Kredit resipi dan gambar: Zana Mokhtar

Baca juga: Ikan Bawal Masam Manis, Resipi Mudah Hanya Campak-Campak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN