getuk ubi

Ada yang suka makan getuk ubi kayu legend ini? Kuih ini susah dijumpai kerana tidak ramai yang menjualnya, lebih-lebih lagi di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur. Kalau ada dijual pun, harganya boleh tahan mahal.

Jadi, apa kata kita beli ubi kayu dan buat sendiri ubi getuk yang lembut di dalam dan rangup di luar menggunakan resipi di bawah.

Baca juga: Cara Buat Tepung Gomak Inti Kelapa Manis, Kuih ‘Legend’ Yang Masih Digemari Ramai

RESEPI GETUK UBI FROZEN

Bahan-bahan:

  • 2 kg ubi kayu yang sudah dikupas kulit
  • 1 biji kelapa parut putih (350 gram)
  • 2 cawan gula pasir 
  • 2 sudu besar tepung gandum

Cara-cara:

1. Didihkan air yang sudah ditabur garam. Kemudian rebus ubi sehingga empuk.

2. Setelah ubi empuk, toskan dan hancurkan sehingga lumat.

3. Tambah kelapa, gula dan tepung gandum. Gaul sebati.

4. Cubit kecil doh dan timbang setiap doh 20 gram. Bulat-bulatkan. Sapu minyak pada tapak tangan supaya mudah untuk dibulatkan. Akan dapat lebih kurang 140 biji.

getuk ubi

Bahan-bahan tepung salut:

  • 400 gram tepung beras
  • 200 gram tepung gandum
  • 1 sudu besar garam
  • 2 biji telur
  • 1 cawan air kapur sederhana keruh
  • 2 1/2 cawan air biasa
  • Sedikit pewarna kuning

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan dan kacau sehingga larut.

2. Celutkan doh ubi tadi, kemudian goreng sekejap untuk dibekukan. Jika mahu dimakan terus, goreng sehingga garing dan keperangan. Selamat mencuba!

getuk ubi

Tips tambahan:

  • Pastikan minyak betul-betul panas
  • Guna api sederhana semasa menggoreng
  • Selepas masukkan ubi dalam minyak, segera kacau supaya tidak melekat satu sama lain
  • Jangan goreng terlalu lama atau guna api besar, nanti ubi meletup dan pecah

Kredit resipi dan gambar: Koleksi Resepi Kuih Muih

Baca juga: Resepi Badak Berendam, Kuih Legend Orang Pantai Timur Yang Lemak Manis!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN