Categories: Resipi

Resipi Garam Belacan Untuk Cicah Buah, Rasa Pedas, Masin & Manis Bikin Ketagih!

Kalau makan buah tak ada pencicah, memang rasa tak lengkap kan? Antara pencicah paling terkenal ialah garam belacan, ringkas tapi cukup padu.

Rasanya pedas, masin dan manis yang seimbang. Memang sangat sedap kalau dicicah dengan mangga muda, jambu batu, kedondong atau buah-buahan lain yang disukai.

Resipi ini juga sangat mudah dibuat sebab tak perlu banyak bahan pun. Anda boleh buat ikut tahap kepedasan yang disukai. Lepas siap kisar, boleh terus cicah dengan buah!

Baca juga: Cara Buat Colek Malas Rangup Confirm Jadi, Tak Perlu Cari Resipi Lain Dah!

RESEPI GARAM BELACAN UNTUK MENCICAH BUAH-BUAHAN

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Gula secukupnya
  • Sedikit garam
  • Belacan (dibakar sedikit lebih sedap)
  • Cili padi merah
  • Kicap (ikut citarasa, boleh letak atau tidak)

Cara-cara penyediaan:

  1. Mula-mula, kisar kering gula, garam, belacan dan cili padi merah sehingga semuanya sebati.
  2. Selepas siap dikisar, masukkan kicap secukupnya dan gaul sehingga semuanya bercampur rata.
  3. Jika tidak mahu menggunakan kicap, boleh juga terus dimakan begitu sahaja.

Pencicah ini memang sesuai untuk mangga muda yang masam, buah kedondong, jambu batu atau nanas. Rasa pedas-manis-masin memang padu dan buat kita ketagih nak makan lagi.

Sumber resipi dan gambar: Mashitah Amin

Baca juga: Resipi Serbuk Colek Padu. Rasa Pedas Manja, Masin & Manis Boleh Buat Ketagih!

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

3 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

3 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

3 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

4 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

4 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

7 hours ago