cara goreng tauhu

Cara goreng tauhu garam cili ini cukup mudah dan ringkas untuk disediakan. Menu ini adalah hidangan goreng tauhu yang diperisakan dengan garam, cili serta bahan tumis ringkas seperti bawang besar dan bawang putih.

Walaupun menggunakan bahan yang ringkas, rasanya tetap menyelerakan dengan gabungan pedas, masin dan rangup! Menu ini sesuai dijadikan lauk sampingan, snek petang atau pun pembuka selera bila-bila masa.

Baca juga: Resipi Ikan Masak Asam Simple, Tak Guna Banyak Rencah Tapi Sedap Cukup Rasa!

CARA GORENG TAUHU GARAM CILI

cara goreng tauhu

Bahan-bahan:

  • 5 keping tauhu (dipotong kiub)
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa secukup rasa

Bahan hirisan:

  • 5 tangkai cili merah atau cili padi (ikut tahap kepedasan)
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih (dicincang halus)

Cara memasak:

  1. Goreng tauhu sehingga kekuningan dan rangup. Angkat dan toskan minyak.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan hirisan hingga naik bau dan wangi.
  3. Masukkan tauhu goreng ke dalam kuali, kacau rata bersama tumisan.
  4. Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya. Kacau sekejap sehingga sebati.
  5. Siap untuk dihidang. Sedap dimakan panas-panas!

Tip & petua:

  • Pilih tauhu yang segar dan tidak berbau masam untuk hasil terbaik.
  • Sesuaikan jumlah cili mengikut tahap kepedasan yang anda suka.
  • Hidangan ini sesuai dijadikan snek petang, lauk sampingan atau sarapan ringan.

Sumber: Nety Zen

Baca juga: Resipi Tauhu Goreng Suun, Menu Simple & Sedap Ini Confirm Nak ‘Repeat’ Hari-Hari!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN