jeruk cili padi

Jeruk cili padi memang antara pelengkap hidangan yang wajib ada di rumah. Rasanya pedas, masam segar daripada cuka dan rangup walaupun sudah lama dijeruk.

Ia sesuai dimakan bersama nasi goreng, mee, sup atau sebagai penambah rasa ketika menikmati lauk pauk. Memang jadi lebih berselera dibuatnya!

Cara membuat jeruk cili sebenarnya sangat mudah. Hanya perlukan beberapa bahan asas dan sedikit masa menunggu sebelum boleh dinikmati.

Baca juga: Resipi Jeruk Buah Sentul Yang Masam, Manis & Pedas, Memang Bikin Ketagih!

CARA BUAT JERUK CILI PADI

jeruk cili padi

Berikut ialah cara ringkas untuk menghasilkan cili jeruk yang sedap dan tahan lama:

Bahan-bahan:

  • Cili padi (cuci bersih & keringkan betul-betul)
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya
  • Cuka (untuk rendam cili, pastikan cukup menutupi cili dalam botol)

Cara-cara:

  1. Cuci cili padi dan biarkan hingga betul-betul kering.
    Masukkan separuh cili ke dalam botol, taburkan sedikit garam dan gula. Kemudian masukkan baki cili.
  2. Tuangkan cuka sehingga semua cili terendam sepenuhnya.
  3. Goncangkan botol perlahan, tutup rapat dan biarkan selama 2 hari.

Selepas dua hari, cili padi jeruk sudah boleh dimakan. Rasanya pedas, masam dan cukup rangup. Sesuai dijadikan penambah selera untuk pelbagai hidangan harian.

Sumber resipi dan gambar: As Hasiah

Baca juga: Cara Buat Jeruk Pauh Yang Rangup Kruk Krak, Sekali Makan Jadi Ketagih!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN