resepi durian mille crepe

Setelah dapat tahu tentang mille crepe yang dikatakan sedap, kami terus cari resepi Durian Mille Crepe dan ternyata memang ada yang pernah buat.

Mille crepe berasal dari Perancis dan ia membawa maksud “kek seribu lapis pancake nipis”. Setiap lapisan pancake dan krim dilapis satu persatu dengan tangan.

Iedaa Jahaya telah kongsikan resepi Durian Mille Crepe di Facebook dengan hasil yang sangat cantik dan menarik. Jom kita cuba!

Baca juga: 10 Jenis Durian Di Malaysia Yang Popular, No. 5 Tu Ramai Yang Suka!

RESEPI DURIAN MILLE CREPE

resepi durian mille crepe

Bahan-bahan untuk membuat cream kastard:

  • 1 cawan susu full cream atau cair
  • 4 sudu besar gula pasir
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • Pewarna kuning
  • 1½ cawan isi durian
  • 1 cawan fresh cream

Bahan-bahan untuk membuat kulit:

  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 4 sudu besar tepung ubi
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 3 sudu besar minyak masak atau jagung
  • 2 sudu besar gula aising
  • 2 biji telur gred C
  • 1 cawan susu cair atau full cream
  • 3 sudu besar air
  • Sedikit garam
  • Pewarna kuning

Cara-cara membuat:

1. Bagi menyediakan cream kastard, mula-mula sebatikan semua bahan untuk membuat cream kastard kecuali fresh cream, kemudian masak sehingga pekat dan berkilat dengan menggunakan api perlahan.

2. Selepas itu, masukkan isi durian dan kacau sehingga sebati, kemudian tutup api dan sejukkan dahulu.

3. Bagi menyediakan kulitnya, mula-mula sebatikan semua bahan menggunakan whisk, kemudian tapis.

4. Panaskan kuali anti-lekat dan tuang satu senduk adunan, kemudian ratakan.

5. Apabila adunan sudah masak, terus saja angkat dan tak perlu terbalikkan. Buat sehingga habis dan ketepikan dahulu.

resepi durian mille crepe

6. Seterusnya, putar fresh cream sehingga kental dan masukkan adunan cream kastard durian tadi, putar sebati dan kental.

7. Ambil sekeping kulit tadi, paip atau sapukan inti kastard. Lakukan secara berselang seli sehingga habis.

8. Akhir sekali, sejukkan terlebih dahulu dan bolehlah dipotong. Siap untuk dinikmati!

Resepi Durian Mille Crepe ini ini cukup popular dengan rasanya yang unik dan mempunyai tekstur luar biasa apabila dimakan.

Selamat mencuba!

Sumber: Iedaa Jahaya

Baca juga: Pancake Durian Yang Lembut Dengan 5 Langkah, Hasil Pun Gebu Elok

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN