Sesiapa yang suka makanan viral pasti pernah dengar tentang resepi Corndog yang pernah kecoh dengan kelazatannya yang tak terkata.
Corndog merupakan sosej yang ditusuk dengan lidi dan disalut dengan lapisan tebal adunan tepung, kemudian digoreng rendam dalam minyak yang panas.
Bukan saja popular di luar negara, malah orang Malaysia juga sukakan Corndog dan snek ini antara yang laku keras di food truck atau pasar malam.
Resepi Corndog yang dikongsikan oleh Alia Nella di Facebook cukup menarik perhatian kerana hasilnya buat ramai terliur. Jom cuba!
Baca juga: Resepi Churros Versi Bebola, Nikmat Cicah Dengan Sos Coklat Likat
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Gaulkan tepung gandum bersama gula, serbuk penaik dan juga garam.
2. Masukkan telur dan susu, kemudian gaul sehingga sebati.
3. Potong sosej dan keju mozarela mengikut saiz yang anda mahukan, kemudian cucukkan sosej dan keju.
4. Jika anda mahu keju tambahan, salutkan sosej dengan keju dan cucuk dengan lidi.
5. Celup sosej yang telah sejuk tadi ke dalam adunan tepung, kemudian salutkan dengan serbuk roti.
6. Akhir sekali, terus goreng dalam minyak masak yang panas sehingga garing. Siap untuk dihidang!
Tak sangka sebenarnya resepi Corndog cukup mudah dibuat di rumah dan apabila makan sekali, pasti nak lagi nanti.
Anda pasti puas hati dengan hasil resepi Corndog yang rangup di luar, ditambah pula keju meleleh di dalam membuatkan sesiapa saja terliur melihatnya.
Sekarang sudah tahu resepi Corndog yang sedap, bolehlah buat pada bila-bila masa dan keluarga anda pasti menyukainya.
Snek ini merupakan idea sarapan atau minum petang yang menarik di rumah dan boleh dijadikan hidangan untuk tetamu juga.
Selamat mencuba!
Sumber: Alia Nella
Baca juga: Cara Buat Cakoi Lembut, Jangan Skip Langkah ‘Ini’ Untuk Hasil Gebu
Resipi peria tumis telur ini sesuai dijadikan pilihan lauk untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan.…
Pernah tak beli kelapa muda dengan harapan isinya tebal, tetapi apabila dibelah, rupa-rupanya isi masih…
Kalau sebut sahaja masak lemak, pasti ramai yang terbayangkan kuah santan pekat dengan rasa pedas…
Cekodok kosong rangup antara hidangan ringkas yang sesuai dijadikan sarapan pagi atau minum petang. Walaupun…
Cek mek molek kuih tradisional yang cukup dikenali di Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu.…
Ada lebihan nasi lemak selepas bersarapan tetapi tidak tahu hendak buat apa? Daripada membiarkannya begitu…