Categories: Resipi

Resipi Puding Sumi, Makan Sejuk-Sejuk Memang Tak Ingat Dunia

Siapa penggemar manisan yang sedap seperti dadih, anda boleh cuba satu resipi baru iaitu puding sumi. Gabungan puding berlemak serta manis sumi, memang ngam.

Kalau buat secara banyak, anda boleh letak dalam bekas kecil yang comel dan sejukkan. Senang kalau nak makan sambil menonton filem kegemaran.

Puding ini juga senang untuk disediakan jika anda merancang untuk menyambut majlis hari jadi anak-anak. Pasti mereka suka!

Jom baca resipi oleh Masliza Mahmud menerusi laman sosial Facebook milik beliau.

Baca juga: Cara Buat Manisan Sedap Guna Belimbing Buluh, Sebijik Macam Kismis!

RESIPI PUDING SUMI

Bahan-bahan:

  • Agar-agar tali 20 gram (rendam 10 minit)
  • 3 tin air
  • Setengah tin susu pekat
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu besar tepung kastard + setengah cawan air
  • Secubit garam
  • Sumi

Cara Penyediaan:

1.  Masak agar-agar yang telah direndam sehingga larut sepenuhnya.

2. Masukkan susu pekat, susu cair, garam, dan campuran tepung kastard. Kacau hingga sebati.

3.  Kacau campuran tersebut selama 5 minit sehingga mendidih. Tutup api.

4. Tuang campuran puding ke dalam acuan pilihan anda.

5. Masukkan sumi ke dalam campuran puding yang masih panas.

6. Biarkan puding sejuk sebelum dihidangkan.

Selamat mencuba!

Sumber: Masliza Mahmud

Baca juga: Resepi Dadih Vanilla Durian, Guna 4 Bahan Saja Tapi Lemak Berkrim!

 

Aisha Qistina

Recent Posts

Resepi Nasi Beriani Mudah Guna Pes Beriani, Lengkap Dengan Ayam Bakar Dan Kurma Daging

Nak sediakan hidangan istimewa untuk keluarga? Resepi nasi beriani mudah perkongsian Nor Hafizah Ismail ini…

25 minutes ago

Resipi Ikan Tenggiri Masak Sambal, Kuah Masam Manis Meresap Sampai Dalam Isi Ikan!

Ikan tenggiri masak sambal masam manis merupakan hidangan yang sesuai untuk melengkapkan menu tengah hari…

35 minutes ago

Resipi Apam Mekar Zebra Coklat Gebu Dan Cantik Coraknya, Sekali Kukus Terus Jadi!

Resipi apam mekar zebra antara pilihan kuih yang menarik untuk disediakan. Bukan sahaja teksturnya gebu…

1 hour ago

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

17 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

17 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

17 hours ago