Kalau di rumah ada mangga muda, jambu batu atau nanas, memang wajib cuba resepi colek buah simple ini. Dengan gabungan gula Melaka, belacan dan cili padi, hasilnya cukup padu dengan rasa pedas, manis, masam dan sedikit masin yang memang membuka selera.
Menariknya, resepi ini tidak memerlukan banyak bahan atau proses yang rumit. Hanya tumbuk dan gaul beberapa bahan asas, anda sudah boleh menikmati colek buah homemade yang sedap dan sesuai dinikmati bersama pelbagai jenis buah-buahan segar.
Baca juga: Resepi Pencicah Thai Homemade, Confirm Sedap Untuk Ayam, Sotong Dan Kerabu!
Colek buah ini menggunakan gula Melaka untuk memberikan rasa manis yang lebih kaya dan aroma yang lebih wangi berbanding gula biasa. Gabungan bersama asam jawa dan belacan pula menjadikan rasanya lebih seimbang dan menyelerakan.
Bahan-bahan:
Cara-cara Penyediaan:
1. Tumbuk garam, cili padi dan belacan sehingga lumat.
2. Masukkan gula Melaka atau nise, kemudian tumbuk sehingga sebati.
3. Tuangkan sedikit demi sedikit asam jawa yang telah dibancuh.
4. Masukkan kicap lemak manis mengikut citarasa.
5. Gaul atau tumbuk sehingga semua bahan bercampur rata dan menghasilkan tekstur yang pekat.
6. Rasa terlebih dahulu dan sesuaikan tahap pedas, masam atau manis mengikut selera masing-masing.
7. Siap untuk dihidangkan bersama buah-buahan kegemaran.
Tips Buat Colek Buah Lebih Sedap:
Colek ini memang sesuai dinikmati bersama mangga muda, jambu batu, kedondong, nanas, sengkuang dan pelbagai lagi buah-buahan masam yang menjadi kegemaran ramai. Sekali cuba, memang susah nak berhenti mencicah!
Selamat mencuba!
Sumber: sheeyyrraa10
Baca juga: Cara Buat Colek Malas Khairul Aming, Jemput-Jemput Ikan Bilis Rangup Dengan Kuah Thai Pekat
Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…
Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…
Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…
Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…
Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…
Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…