Categories: Resipi

Ibu Ini Kongsi Resipi Cheesekut Mini Untuk Jamuan, Confirm Licin Tak Tinggal Jejak

Cheesekut mini ini memang sesuai untuk jamuan sekolah atau jamuan potluck. Bukan saja senang dibuat, tapi tak perlu dibakar. Cuma perlu sejukkan di dalam peti ais.

Kalau dibawa ke jamuan sekolah anak, pasti licin dimakan oleh rakan-rakan mereka. Mana ada yang tak suka pencuci mulut yang manis dan sejuk, kan?

Baca juga: Resipi Apam Pisang Kukus Yang Lembut Sampai Petang, Tak Pakai Mixer Pun Tetap Jadi!

CARA BUAT CHEESEKUT MINI UNTUK JAMUAN

Bahan-bahan adunan cheese:

  • 2 block cream cheese kecil (250 gram)
  • 3/4 tin susu pekat
  • 16 susu besar susu full cream (boleh tambah atau kurang ikut kepekatan yang disukai)
  • Sedikit esen vanilla

Bahan-bahan lain:

  • 2 pack biskut mini marie (420 gram)
  • 1 kotak biasa susu full cream
  • Serbuk coklat (jika suka)
  • Bekas kecil bertudung

Cara-cara:

  1. Masukkan cream cheese, susu pekat, susu segar dan esen vanilla ke dalam mesin pengisar. Kisar semua bahan ini sehingga sebati.
  2. Sesuaikan kuantiti susu segar mengikut kepekatan yang diingini. Jika nak adunan lebih cair, tambah sedikit susu segar.
  3. Tuangkan adunan cheese yang telah siap kisar ke dalam mangkuk.
  4. Celup biskut marie ke dalam susu segar. Letakkan beberapa keping biskut untuk membentuk lapisan pertama di dasar bekas.
  5. Untuk lapisan kedua, tuang adunan cheese sehingga menutupi biskut. Taburkan serbuk coklat atau topping lain seperti nestum jika suka.
  6. Ulang langkah-langkah ini untuk beberapa lapisan sehingga penuh bekas. Jika bekas kecil, cukup dua lapisan sahaja.
  7. Boleh dapat 38-40 bekas kalau guna yang saiz yang kecil.
  8. Simpan cheesekut mini di dalam peti sejuk selama 1 malam sebelum sedia untuk dinikmati.

Sumber: Plums Humble Kitchen

Baca juga: Resipi Puding Karamel Mini Tanpa Telur, Saiz Kecil Comel Sesuai Untuk Jamuan Sekolah Anak

Wan N

Recent Posts

Resipi Puding Strawberi Coklat, Ada Dua ‘Filling’ Dalam Satu Puding Yang Buat Ramai Tertarik!

Puding strawberi coklat antara pilihan pencuci mulut yang boleh dicuba jika ingin menyediakan sesuatu yang…

10 hours ago

Ada Lebihan Sayur Dalam Peti Ais? Cuba Resipi Sayur Goreng Campur Bebola Daging Ini!

Sayur goreng campur boleh dijadikan pilihan untuk melengkapkan hidangan harian, terutama apabila terdapat lebihan sayur…

12 hours ago

Tips Simpan Santan Segar, Rupanya Boleh Tahan 2 Hingga 3 Hari Tanpa Beku!

Sebenarnya, ada beberapa tips simpan santan segar yang boleh dicuba supaya bahan ini tidak cepat…

13 hours ago

Resipi Sayur Tauge Kicap Cair 5 Bahan, Tips Kena Tumis Sekejap Saja Supaya Kekal Rangup!

Resepi sayur tauge kicap cair ini sesuai untuk mereka yang mencari menu sayur ringkas dan…

13 hours ago

Tak Perlu Mixer, Ini Resepi Kek Pisang Gebu Guna Blender Yang Sesuai Untuk Minum Petang

Ada pisang masak di rumah? Jangan biarkan sampai terlebih masak, apa kata cuba resepi kek…

13 hours ago

Resipi Kaswi Gula Melaka Yang Lembut Dan Kenyal, Penggemar Kuih Tradisional Wajib Cuba!

Kuih kaswi gula melaka merupakan antara kuih tradisional yang digemari kerana rasanya yang manis dan…

15 hours ago