resepi apam pisang kukus

Kalau ada banyak pisang masak di rumah, jom cuba resepi apam pisang kukus ini. Baunya sangat wangi, tekstur pun lembut dan gebu walaupun hanya dikacau menggunakan hand whisk.

Dalam masa singkat sahaja, anda sudah dapat kuih yang sedap untuk sarapan atau minum petang. Anak-anak pun biasanya suka kerana rasanya manis semula jadi daripada pisang.

Baca juga: Resipi Apam Tepung Beras Tanpa Nasi Sejuk, Hasilnya Tetap Lembut & Gebu Bila Dimakan!

RESEPI APAM PISANG KUKUS

resepi apam pisang kukus

Bahan A:

  • 250g pisang kapas (dilecek)

Bahan B:

  • 3 biji telur
  • 120g gula pasir
  • 2 sudu teh esen vanila
  • Secubit garam

Kacau semua bahan B hingga sebati menggunakan hand whisk.

Bahan C:

  • 200g tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • ½ sudu teh baking powder

Ayakkan semua bahan C bersama.

Lain-lain bahan:

  • 100ml minyak masak

Cara-cara membuatnya:

  1. Pukul Bahan B (telur, gula, esen vanila dan garam) hingga sebati menggunakan hand whisk.
  2. Masukkan Bahan A (pisang yang dilecek) dan kacau rata.
  3. Tambahkan Bahan C yang telah diayak. Kacau perlahan hingga semuanya sebati.
  4. Masukkan minyak masak dan gaul sehingga adunan betul-betul sekata.
  5. Sapu sedikit minyak pada acuan, kemudian tuang adunan.
  6. Kukus selama 20 minit atau sehingga apam masak sepenuhnya.
  7. Pastikan air kukusan sudah mendidih sebelum mula mengukus.
  8. Siap! Resipi ini biasanya menghasilkan lebih kurang 12 biji apam bergantung kepada saiz acuan

Sumber: Nor Misnor

Baca juga: Resipi Apam Kampung Cara Orang Lama Yang Lembut & Wangi, Tak Pernah Jemu Makan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN