
Cheesekut mini ini memang sesuai untuk jamuan sekolah atau jamuan potluck. Bukan saja senang dibuat, tapi tak perlu dibakar. Cuma perlu sejukkan di dalam peti ais.
Kalau dibawa ke jamuan sekolah anak, pasti licin dimakan oleh rakan-rakan mereka. Mana ada yang tak suka pencuci mulut yang manis dan sejuk, kan?
Baca juga: Resipi Apam Pisang Kukus Yang Lembut Sampai Petang, Tak Pakai Mixer Pun Tetap Jadi!
CARA BUAT CHEESEKUT MINI UNTUK JAMUAN

Bahan-bahan adunan cheese:
- 2 block cream cheese kecil (250 gram)
- 3/4 tin susu pekat
- 16 susu besar susu full cream (boleh tambah atau kurang ikut kepekatan yang disukai)
- Sedikit esen vanilla
Bahan-bahan lain:
- 2 pack biskut mini marie (420 gram)
- 1 kotak biasa susu full cream
- Serbuk coklat (jika suka)
- Bekas kecil bertudung
Cara-cara:
- Masukkan cream cheese, susu pekat, susu segar dan esen vanilla ke dalam mesin pengisar. Kisar semua bahan ini sehingga sebati.
- Sesuaikan kuantiti susu segar mengikut kepekatan yang diingini. Jika nak adunan lebih cair, tambah sedikit susu segar.
- Tuangkan adunan cheese yang telah siap kisar ke dalam mangkuk.
- Celup biskut marie ke dalam susu segar. Letakkan beberapa keping biskut untuk membentuk lapisan pertama di dasar bekas.
- Untuk lapisan kedua, tuang adunan cheese sehingga menutupi biskut. Taburkan serbuk coklat atau topping lain seperti nestum jika suka.
- Ulang langkah-langkah ini untuk beberapa lapisan sehingga penuh bekas. Jika bekas kecil, cukup dua lapisan sahaja.
- Boleh dapat 38-40 bekas kalau guna yang saiz yang kecil.
- Simpan cheesekut mini di dalam peti sejuk selama 1 malam sebelum sedia untuk dinikmati.
Sumber: Plums Humble Kitchen
Baca juga: Resipi Puding Karamel Mini Tanpa Telur, Saiz Kecil Comel Sesuai Untuk Jamuan Sekolah Anak
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














