
Kalau anda sedang mencari resipi puding caramel yang mudah dan sesuai untuk jamuan sekolah anak-anak, wajib cuba resipi versi mini di bawah ini.
Resipi ini tidak menggunakan telur, jadi sesuai untuk anak-anak yang alergik telur. Sekali cuba, confirm anak-anak suka dan mudah dibawa untuk jamuan sekolah.
Puding karamel versi mini ini bukan sahaja cantik dalam cawan kecil, tetapi juga lembut dan manis. Dengan lapisan karamel di atas, ia menjadi lebih menarik.
Selain sesuai untuk jamuan, puding ini juga sedap dijadikan pencuci mulut di rumah. Mudah dibuat dan bahan-bahannya pun senang didapati.
Baca juga: Resipi Puding Koktail Kastard, Gabungan Bahan Yang Manis, Lembut & Sejuk Memang Menyegarkan
RESEPI PUDING CARAMEL MINI TANPA GUNA TELUR

Bahan-bahan puding:
- Air 1400 ml
- Serbuk agar-agar jernih 10 g
- Gula 1/3 cawan
- Tepung kastad 4 sudu besar (bancuh dengan 100 ml air)
- Susu cair 1 tin
Bahan-bahan karamel:
- Gula 1/2 cawan
- Air panas 1/4 cawan (boleh tambah jika mahu kurang manis)
Cara-cara buat puding:
- Masak air bersama serbuk agar-agar dan gula di atas dapur sehingga mendidih.
- Masukkan bancuhan tepung kastad dan susu cair. Kacau sehingga sebati.
- Setelah mendidih sekali, tutup api. Tuang adunan ke dalam acuan cawan kecil.
- Sejukkan dalam peti sejuk selama 2–3 jam sehingga puding set.
Cara-cara buat karamel:
- Masak gula dengan api perlahan sehingga cair, kemudian tuang air panas. Hati-hati kerana campuran ini akan mendidih dan berbuih.
- Jika ada ketul gula yang tidak cair, buka api sedikit dan kacau perlahan hingga sebati (jarang berlaku).
- Setelah karamel sebati, tuang sesudu ke atas puding yang telah sejuk tadi.
- Sejukkan lagi selama 1–2 jam sebelum dihidangkan.
Sumber: Aisyah Ibrahim
Baca juga: Resipi Puding Kopi Susu Yang Lembut Dan Wangi, Sangat Mudah Nak Buat!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














