resepi cheesekut bar

Peminat pencuci mulut yang cepat siap, resepi Cheesekut Bar memang sesuai buat anda. Ia tak makan masa lama, bahan juga mudah cari dan hasilnya memang cantik terpotong.

Siapa yang tak suka makan Cheesekut? Oleh kerana paduan rasa masin biskut dengan lemak manis cream cheese, jadi tak hairanlah ia menjadi kesukaan ramai.

Resepi Cheesekut Bar ini diolah semula daripada video YouTube Who’s Cookin’ dengan langkah-langkah mudah yang boleh anda buat sendiri di rumah. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Cheesekut Mudah Versi Bajet, Guna Biskut Kering Tapi Rasa Kayangan

RESEPI CHEESEKUT BAR

resepi cheesekut bar

Bahan-bahan:

  • 250g cream cheese (dilembutkan)
  • 200g susu pekat (lebih kurang ¾ cawan)
  • Biskut salt cheese crackers
  • Susu cair atau susu segar secukupnya

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, putar cream cheese bersama susu pekat sampai sebati, licin dan gebu.

2. Kemudian, sediakan loyang 8 inci, gris sedikit dan alas dengan kertas minyak.

3. Selepas itu, celupkan biskut ke dalam susu cair atau segar sekejap saja.

4. Kemudian, susun biskut rapat-rapat di dalam loyang sebagai lapisan pertama.

resepi cheesekut bar

5. Seterusnya, sapukan sedikit adunan cream cheese di atas biskut.

6. Ulang langkah susun biskut dan sapu cream cheese sampai adunan habis.

7. Setelah itu, simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam atau semalaman untuk hasil lebih cantik.

8. Potong dalam bentuk segi empat dan masukkan ke dalam bekas. Siap untuk dinikmati!

Nak buat kelainan, anda boleh tambahkan topping seperti sprinkles, choco rice, serbuk koko dan sebagainya. Hasilnya pasti nampak menarik, apatah lagi jika nak hidang pada tetamu.

Selamat mencuba!

Sumber: Who’s Cookin’

Baca juga: Cheesekut 3 Bahan Paling Mudah, Lembut & Manisnya Cukup Memikat Selera!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN