resepi cheesekut mudah

Nak makan pencuci mulut yang sedap di rumah bersama keluarga tersayang, buat saja resepi Cheesekut mudah ini. Bukan setakat sedap dan lemak berkrim, malah cair di dalam mulut.

Cheesekut ialah pencuci mulut sejuk tanpa bakar yang popular di Malaysia serta berasal daripada gabungan dua perkataan cheese dan biskut.

Pencuci mulut ini sangat mudah dibuat dengan menggunakan campuran krim keju dan susu sebagai bahan utama bersama biskut yang disusun secara berlapis.

Perkongsian di TikTok oleh ddapur.geenorizah telah menunjukkan resepi Cheesekut dibuat dengan menggunakan biskut kering yang pasti hasilnya menjadi. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Cheesekut Guna Blender, Tak Banyak Bahan Tapi Penuh Berkrim!

RESEPI CHEESEKUT MUDAH

resepi cheesekut mudah

Bahan-bahan:

  • Biskut kering
  • Cream cheese
  • ½ tin susu pekat
  • ½ cawan susu full cream
  • Nestum
  • Serbuk milo atau koko

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, kisar cream cheese, susu pekat dan susu full cream sampai sebati.

2. Selepas itu, tuangkan susu dalam mangkuk dan masukkan biskut sekejap saja.

3. Kemudian, susun biskut yang telah direndam dalam susu tadi ke dalam loyang.

4. Seterusnya, letak adunan cream cheese di atas biskut dan taburkan nestum di atasnya.

5. Ulang langkah 3 sampai biskut habis atau loyang hampir penuh.

6. Nak tambah lebih sedap, taburkan serbuk milo atau koko.

7. Akhir sekali, boleh masukkan dalam peti sejuk dan biarkan selama beberapa jam. Siap untuk dinikmati!

Resepi Cheesekut ini boleh dikatakan pencuci mulut versi bajet dan mudah. Ramai yang sukakannya kerana cepat, tak renyah dan tetap sedap berkrim macam pencuci mulut di kedai.

Selamat mencuba!

Sumber: ddapur.geenorizah

Baca juga: Resepi Cheesekut Aiskrim Dengan 5 Bahan, Buat Sebekas Pun Rasa Tak Cukup!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN