
Jika anda penggemar pencuci mulut sejuk berasaskan keju tapi tak nak bersusah payah di dapur, inilah resipi wajib dicuba iaitu cheesekut 3 bahan paling mudah dibuat.
Cheesekut ialah pencuci mulut yang cukup popular dalam kalangan rakyat Malaysia, dibuat daripada gabungan keju yang lembut dan biskut yang rangup.
Perkongsian daripada Sharifah Yasira yang menunjukkan langkah demi langkah untuk buat cheesekut 3 bahan telah menarik perhatian ramai di Facebook. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Cheesekut Mudah Versi Bajet, Guna Biskut Kering Tapi Rasa Kayangan
RESIPI CHEESEKUT 3 BAHAN

Bahan-bahan:
- Cream cheese (jenama Tatura atau Bega)
- ½ tin susu pekat
- 2 Bungkus biskut saltcheese (nak ganti biskut lain pun boleh tapi rasanya lain nanti)
Cara-cara membuat:
1. Biarkan cream cheese pada suhu bilik lebih kurang 10 minit agar mudah dipukul.
2. Masukkan cream cheese dalam mangkuk.
3. Tuang ½ tin susu pekat sedikit demi sedikit sambil mixer pada kelajuan sederhana. Teruskan sampai campuran licin, gebu dan tiada ketulan (lebih kurang 2 hingga 3 minit).
4. Letak biskut Saltcheese menutupi dasar bekas. Jika biskut tak muat, patahkan agar ikut bentuk bekas.
5. Ratakan 3 hingga 4 sudu besar adunan keju di atas lapisan biskut (jangan terlalu tebal supaya lapisan kemas).
6. Ulang langkah 4 dan 5 sampai biskut habis (biasanya 3 hingga 4 lapisan). Pastikan lapisan akhir ialah krim cheese supaya permukaan nampak licin.
7. Tutup bekas rapat‑rapat. Simpan dalam peti sejuk minimum 4 jam (semalaman lagi sedap).
Biskut akan menyerap kelembapan krim dan menjadi selembut kek lapis sejuk.
Tips tambahan:
• Biskut Saltcheese tak perlu celup susu kerana kepingannya nipis dan cepat lembut.
• Jika guna biskut Marie atau cream cracker, boleh celup pantas dalam susu (susu segar atau Dutch Lady) sebelum susun.
Selamat mencuba!
Sumber: Sharifah Yasira
Baca juga: Cara Buat Cheesekut Guna Blender, Tak Banyak Bahan Tapi Penuh Berkrim!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














